TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Mukhriz mengulas dakwaan NGO yang mesra dengan PKR, Jingga 13 bahawa kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang dikatakan dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Semalam, NGO itu mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, bagi membuktikan kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.
Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
NONE"Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnyangnya," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.
It is pretty confusing as some said its not allowed while the government said its acceptable. Does it really matter if the country conduct trades with Israel?
ReplyDeleteIf two country does not have any diplomatic relaionship, does it mean they cannot have business transactions?
ReplyDeleteapapun, Malaysia tidak mengamal sebarang hubungan dipomatik dgn Israel.
ReplyDeletesaya yakin bahawa pemimpin2 Pakatan pernah atau sering mengunjungi Mac Donald, Starbucks, Levis, TESCO dan sebagainya.. siapa pemilik syarikat2 ini??
ReplyDeleteSemua rakyat M'sia pun pernah masuk tempat2 tersebut.
Deleteseperkara lagi yang mungkin saya sendiri kurang pasti,, bukankah menyekat kapal dagang mana2 negara dari berlabuh ke mana2 negara adalah salah disisi undang2 antarabangsa??
ReplyDeleteharap pembangkang akan berhenti daripada memanipulasi isu berhubung dengan kapal dagang Israel yang berlabuh di Malaysia.
ReplyDeleteNampak benar pihak pembangkang cuba untuk menutup kesalahan Anwar dalam kes ini.
ReplyDeleteSemakin bosan dengan isu Anwar yang sentiasa buat kontroversi.
DeleteAll this while, Israel thingy have been played and twisted so that people get confused.
ReplyDelete