Tuesday, 21 February 2012

GARA-GARA IKAN, SABAH JADI KAYA RAYA?



Oleh: JAMES SIMON BOND

DALAM acara lawatan Perdana Menteri ke Tungku pada 17 Februari lalu, gara-gara nelayan memperlihatkan skil pemotongan Ikan Baulu (Milk Fish), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meyakini bahawa Negeri Sabah bukan lagi miskin, malah kaya raya dengan hasil masyhulnya, terutama industri perikanan.

Menurut Najib, di era 1963, lebih 70 peratus rakyat di Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana; namun selepas sekian lama diperintah kerajaan UMNO/BN Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

Begitulah antara ungkapan Najib ketika merasmikan pelancaran Projek Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Tungku yang terletak di Parlimen Silam.

Kata Najib lagi, semua kejayaan ini adalah hasil agenda pembangunan yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat Sabah.

Persoalannya di sini, para pemimpin UMNO hari ini sudah kehabisan modal untuk memikat rakyat dengan janji-janji kosong selama ini sehingga Perdana Menteri terpaksa melancarkan Program BR1M yang masih dianggap sebagai percubaan untuk mmebeli hati rakyat, terutamanya di negeri Sabah yang digelar sebagai 'Simpanan Tetap' oleh pimpinan UMNO.

Jika benar sejak tahun 1963 rakyat Sabah adalah yang amat miskin, daif dan papa kedana, kita imbas kembali zaman pemerintahan kuno Parti USNO yang dipimpin oleh Allahyarham Tun Mustafa.

Anehnya, pada ketika itu sabah amat disegani oleh pemimpin UMNO di Semenanjung kerana Sabah pada kedudkan negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor.

Kini sejak diperintah UMNO/BN pada 1994 dan terajunya kini dipegang oleh Datuk Seri Najib dan dibantu pemimpin kebanggaannya, Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah; bagaimana Sabah diletakkan Bank Dunia pada kedudukan ke 13 sekalipun mempunyai Ranking AAA+?

KAYA.....Jika sekilogram kerapu berharga RM90, tidak ada nelayan Sabah yang miskin.

Apakah senario sebenarnya dan kenapa Bank Dunia memberi taraf yang begitu rendah buat Sabah atau lakonan pemimpin UMNO semata-mata untuk menunjukkan kehebatan Kerajaan BN yang berjaya bangkit dan membasmi kemiskinan dalam masa singkat?

Para pemimpin UMNO seharusnya beringat, rakyat Sabah bukan bodoh dan bukan juga miskin atau papa kedana seperti kenyataan Perdana Menteri di Tungku baru-baru ini; sebaliknya rakyat Sabah adalah yang terpintar berbanding rakan mereka di Semenanjung.

Buktinya, mereka telah mencipta rekod menukar kerajaan yang berada ditampuk kuasa sekalipun oleh sebuah parti kecil dan menjadi pembangkang di peringkat negeri; apatah lagi dengan hambatan Transformasi Kerajaan yang tersekat di tengah jalan disebabkan rasuah menjadi 'katalis'.

Malang sekali kerana pemimpin Barisan Nasional masih belum sedar dan menganggap rakyat Sabah seperti ayam, senang dijaga, mudah ditipu. Zaman bila lapar ditabur jagung sudah berlalu kerana nelayan di Sabah boleh hidup mewah ketika harga ikan kerapu RM90 sekilogram.

Hanya PATI yang memperolehi IC Projek dan mereka yang seangkatan dengannya yang mengganggap BN adalah 'Tuhan Penyelamat' ketika Anak Jati Sabah sudah bersepakat mahu menukar baju baharu. Persoalannya, sama ada hendak dilakukan sekarang atau terpaksa menunggu lima tahun lagi?

No comments:

Post a Comment