SAMBIL menegaskan bahawa isu royalti minyak tidak boleh dilihat secara berasingan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menyifatkan janji pemimpin pembangkang untuk meningkatkan royalti minyak sehingga 50 peratus bagi Sabah sebagai gimik pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata kadar royalti perlu dilihat dalam konteks jumlah hasil kerajaan dan dalam soal peratusan peruntukan belanjawan bagi Sabah dan juga negeri-negeri lain.
"Jika kamu ambil 20 peratus atau 50 peratus untuk royalti, ia bermakna bahawa peruntukan bagi kementerian-kementerian untuk Sabah akan dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) bagi Petronas Chemical Group Berhad's (PCG) bernilai RM4.5bilion di sini.
Sebelum ini, pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beliau akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada lima kepada 20 peratus malah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50 peratus.
Najib menarik perhatian wakil media kepada janji pembangkang yang lain seperti mengurangkan harga bahan api, melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menghapuskan tol.
"Dari mana mereka akan mendapat hasil untuk mentadbir negara? Kamu tidak boleh menjanjikan sesuatu secara berasingan, kamu perlu mengambil kira kesemuanya dalam konteks menyeluruh," katanya.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi pembangunan Sabah di bawah pelbagai skim pembangunan dan transformasi. (BERNAMA)
The oil royalty issues shouldn't be politicized for political mileage, this is a problem that is important for the Sabahans, we take this seriously.
ReplyDeleteKalau terus dipolitikkan takut nanti langsung takda hasil pula. huhu
DeleteBetul, ini adalah isu yang serius terhadap rakyat Sabah, harap mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaian dan bukan mempolitikkan ini sahaja.
Deleteisu seperti ini memang menjadi suatu bahan untuk dipolitikkan terutama bila PRU semakin mendekat.
DeleteWhat we need now is solutions to the oil royalty issues, if the politicians couldn't give us the solutions, stop trying to use us to gain attention.
ReplyDeletecouldn't agree more with you. Currently all i see is the opposition giving promises which sounds impossible to fulfil. We want solution and not empty promises.
DeleteRakyat perlulah tahu siapa yang cuba menggunakan isu ini untuk tujuan politik dan siapa yang ikhlas membantu rakyat Sabah menyelesaikan masalah.
Deletememang jelas mereka cuma mahu mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat semata2 untuk mencapai hasrat mereka mengambilalih putrajaya.
Deleteindeed its a gimmick.
ReplyDeletePolitik kan... Jadi semualah dorang mahu perjuangkan konon. Maka....hhmm, sendiri mahu ingatlah!
Deleterakyat yang bijak pasti dapat menilai tindakan pemimpin atau sesebuah parti.
DeleteIsu royalti adalah perkara penting buat Sabahan. Hal ini harus diberi perhatian serius bagi memastikan penantian rakyat tak sia-sia.
ReplyDeleteSemoga kita boleh mendapatkan penyelesaian yang baik untuk perkara ini supaya hak rakyat Sabah akan diperlindungi.
DeleteWalaupun terlalu sukar mengubah sesuatu yang telah termaktub dalam perjanjian, namun saya harap ada alternatif lain utk tanggani isu royalti ini demi kebaikan rakyat.
ReplyDeleteharap2 Akta Petroleum dapat dikaji semula.
DeleteApapun, terpulanglah pada rakyat utk menilai sendiri perkara ini.
ReplyDeleteisu royalti kini jadi isu utama yang dipolitikkan oleh pembangkang, pembangkang jika mainkan isu mmg hebat, tapi kita jgnlah mudah terpedaya.
ReplyDeletebyk sudah yang manfaat Sabah terima dari Petronas.
ReplyDeleteBenar sama sekali..Mana-mana pihak pembangkang mula memainkan isu Royalty sebagai isu politik mereka.
ReplyDeletePembangkang jadi isu royalti seperti medium tawar menawar barang
DeleteMaka tidak perlulah percaya dengan janji tersebut. Semua itu memang ada kebenaran namun kita perlu sedar juga akan usaha yang dibuat oleh petronas kepada Negeri Sabah.
ReplyDeletePetronas telah melaksanakan pelbagai usaha yang terbaik untuk penduduk Sabah. Petronas memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan juga pada masa yang sama juga petronas memberikan tajaan pendidik dan sekarang kita dengar petronas mula memberikan pelbagai projek mega seperti di Kimanis dan juga Sipitang.
ReplyDeleteYup. Sekarang projek SAMUR dalam progress. diharap dapat memajuakan socio ekonomi penduduk dan Sabah.
DeleteAnwar pernah berada dalam kerajaan, malah memegang jawatan kedua penting di negara ini.. kenapa pada waktu itu beliau tidak membangkitkan isu royalti minyak Sabah??
ReplyDeleteketika dia Anwar berada dalam kerajaan, rasanya suara dia mungkin akan lebih disokong oleh kerajaan tapi tiada pula Anwar isukan pasal royalti minyak.
Deleteseperkara lagi yang boleh menimbulkan keraguan berkenaan dengan royalti minyak sabah ialah, bagaimana Anwar dan Jeffrey mempunyai pendirian yang berbeza?? bagaimana mereka boleh menentukan royalti sebanyak 20% dipihak Anwar dan 50% dipihak Jeffrey?? ingat penetapan royalti ini semudah mulur berbicara ka??
ReplyDeleteTiada kesepakatan di antara pembangkang. Macam mana mahu harapkan mereka memerintah negeri Sabah?
DeleteBiasalah, macam2 janji dekat2 PRU13. Sesiapa pun boleh cakap kenaikan % royalti tapi belum tentu mampu melaksanakannya.
ReplyDeleteIsu yang sama diulang-ulang. Naik bosanlah. Lebih banyak janji politik saja.
ReplyDelete