Monday, 20 February 2012

JALAN SANDAKAN, LUBUK KEMALANGAN

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PEPATAH ada menyebut, berpantang maut sebelum ajal kerana pada pagi kelmarin semasa hujan di tempat yang sama, cuma berlainan masa di Batu 21, Jalan Sandakan-Kota Kinabalu sebanyak 7 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan, tetapi tidak mengorbankan nyawa mangsa terbabit.

Semasa Wartawan Sabahkini.Net pergi ke Batu 32, terserempak dengan insiden tersebut yang membabitkan 4 kenderaan antaranya lori tangki menyodok pacuan empat roda, sementara Van terbabas; manakala Kancil melanggar belakang double cab.

Yang paling dasyhat sekali dalam kemalangan tersebut, walaupun lori tangki yang menyodok kereta pacuan 4 roda sehingga agak remuk, pemandunya, Kamal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beberapa orang saksi yang sempat ditemubual mereka mendakwa lori tangki yang dipandu menuruni curam bukit terlalu laju dan hilang kawalan maka beberapa kereta yang berada di hadapan lori tersebut turut menjadi mangsa keadaan.

Selain daripada lokasi kemalangan, terdapat banyak lokasi kemalangan maut di sepanjang jalan berkenaan terutama berdekatan Sakilan Desa dan Bukit Perawan kerana saban tahun menelan korban.

No comments:

Post a Comment