Wednesday, 1 February 2012

KEPALA BABI DITEMUI DI MASJID DI RAWANG



SATU kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi kelmarin.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei, kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari Balai Polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

"Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

17 comments:

  1. Hope that no speculation are made until the investigation from the police are announced. This is to prevent any racial controversies or religious disputes.

    ReplyDelete
  2. I'm sure the police will be able to track down to culprit soon.

    ReplyDelete
  3. satu perbuatan yang menghina kesucian Agama Islam, si pelaku harus dikesan.

    ReplyDelete
  4. jgnlah kita menghina agama lain. sikap menghormati perlu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan provokatif seperti inilah yang menghancurkan keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.

      Delete
  5. Hopefully this irresponsible individual will be captured.

    ReplyDelete
    Replies
    1. His or her action serves only to damage the fragile unity of the people and promote misunderstanding as well as inciting radicalism

      Delete
  6. Thankfully there's no chaotic outcome from this incident and the community that was effect by this affair are still level headed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, that's the main reason why the culprit did this. To provoke the people to see they get mad. But thankfully, this people still can held their patience.

      Delete
  7. lebih baik serahkan pada polis untuk siasat.

    ReplyDelete
  8. orang2 yang melakukan perbuatan tu adalah orang yang tidak sayangkan keharmonian. sengaja memecah-belahkan perpaduan dan keamanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada perbuatan itu atas kehendak orang itu sendiri ataupun ada pihak yang menyuruhnya, perbuatan ini memang tidak bertamadun.

      Delete
    2. mungkin perkara ini berlaku kerana rasa tidak puas hati. perkara seumpama ini bukan sekali dua berlaku di masjid.

      Delete
  9. Kita tidak boleh menuduh sesiapa dalam hal ini. Yang perlu sekarang tunggu siasatan seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  10. Kejadian ini sememangnya akan menyinggung perasaan orang lain. Perkara sebegini perlulah dielakkan.

    ReplyDelete
  11. memandangkan banyak kes2 berlaku di pusat2 keagamaan sejak dari tahun lepas lagi, bukankah lebih baik jika semua pusat keagamaan di lengkapi dengan CCTV??

    ReplyDelete
  12. saya yakin kes ini akan menjadi lebih kontroversi selepas ini jika terdapat pemimpin2 politik yang mengambil kesempatan mempolitikkan insiden ini.. oleh itu saya harap semua pemimpin2 politik bertanggungjawab dengan tidak melakukan sebarang provokasi ekoran insiden ini dan biarkan pihak polis sahaja yang menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete