Oleh : SM MOHAMED IDRIS
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.
Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.
Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini.
Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api. Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.
Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk. Jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.
Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya.
Selanjutnya, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung.
Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api. Pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Sejak bertahun-tahun CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api. Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Pihak polis dan Jabatan Kastam gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.
CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang.
Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api. Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini.
Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.
Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.
Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan.
(NOTA : Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP))
The government must be strict when restricting the import of these fire crackers and fireworks.
ReplyDeleteAll law abiding citizens should not purchase these illegal items as it is against the law.
ReplyDeleteundang2 pengharaman terhadap mercun dan bunga api perlu diperketatkan lagi.
ReplyDeletebyk sudah kemalangan dan kematian berlaku kerana bermain mercun, kemasukan mercun dalam negara juga kena dikawal.
ReplyDeleteTapi orang ramai masih lagi mahu main mercun walaupun tahu bahayanya, walaupun banyak kemalangan telah terjadi..
DeleteHopefully the related enforcement agency will take note of this and exercise the measurements to uphold this matter.
ReplyDeletehopefully all will take note from the tragedy that has befell upon the family in kk during the recent CNY in regards to purchasing contraband firecrackers and fireworks. The tragedy has risen to a new level of gore.
ReplyDeletelet's hope that there will be no more such tragedy on a auspicious occasion.
ReplyDeletePeraturan baru patut digubal untuk mengatasi masalah tu.
ReplyDeleteKalau diharamkan bagaimana ada mercun yang meletup, rasanya perlu ada perbaharuan mengenai pengharaman itu.
ReplyDeletekadang2 mercun dibawa masuk secara seludup dan ada juga yang bermain mercun buatan sendiri.
DeleteAda undang-undang peun kena langgar. Lagi teruk kalau tiada undang-undang.
ReplyDeletelakukan pemeriksaan yang kerap di kedai2 terutama musim perayaan kerana kadang2 ada yang menjual mercun secara sorok2.
ReplyDeleteItulah yang hairannya. Mercun haram dinegara kita namun kenapa dimerata tempat mercun masih didengar.
ReplyDeleteBenda haram inilah yang orang suka lakukan. Tidak tahu kenapa. Maka lebih baik tidak perlu diharamkan mercun ini. Seperti di Brunei sendiri mercun dibenarkan dijual secara terbuka.
ReplyDeletepenjualan mercun sangat berleluasa ka di pasaran?.. saya tidak jumpa pun dipasaran..
ReplyDeletesaya yakin ada pihak yang menjual mercun ini secara tersembunyi.. pihak polis perlu menyiasat perkara ini.. sebagai orang awam, saya juga rasa rimas dan kurang selesa setiap kali dentuman kuat berlaku ketika waktu tengah malam di musim perayaan..
ReplyDelete