Tuesday 14 February 2012

KEPUTUSAN TENDER KUTIP SARANG LEWAT



By : ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

LEBIH ramai golongan pewaris Gua Gumantong melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan kerajaan mengumumkan keputusan tender pengutipan sarang burung di Gua Gumantong yang sepatutnya sudah diumumkan Disember lalu.

Seorang pewaris, Pg Ismail Pg Abdul Hamid berkata pihaknya kecewa dengan keputusan tender pengutipan sarang burung Gua Gumantong yang tidak diumumkan oleh kerajaan sehingga hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Utusan Borneo Khamis lepas yang memetik kenyataan Anuar Mursidi yang menyatakan rasa kecewa atas keputusan tender yang tidak diumumkan oleh Kerajaan Negeri sejak bermulanya tender hingga hari ini.

“Sebagai pewaris Gua Gumantong sejak berkurun lamanya, kami sentiasa akur dengan sebarang keputusan Kerajaan Negeri hingga ke hari ini malahan menyahut seruan Perdana Menteri yang telah mengumumkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Malangnya pada hari ini, timbul rasa tidak puas hati ke atas kepimpinan kerajaan sehingga kami pewaris Gua Gumantong terpaksa melahirkan rasa tidak puas hati melalui akhbar tempatan yang mana tender sarang burung Gua Gumantong tidak diumumkan sehingga mendatangkan keraguan di atas keprihatinan kerajaan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Ismail mendakwa sejak kerajaan memperkenalkan tender ke atas sarang burung Gua Gumantong, ia didakwa tidak mengikut prosedur kerajaan yang betul sehingga mendatangkan keraguan kepada semua pihak yang terlibat khususnya pewaris.

“Sebagai pewaris dan penender rakyat Kinabatangan khasnya ingin menyarankan kerajaan, sekiranya agak sukar untuk mengumumkan sebarang keputusan tender yang telah diputuskan oleh Ahli Lembaga Tender, adalah lebih baik kembalikan saja hak pewaris sebenar yang mempunyai dokumen yang sah.

“Kami juga pewaris Gua Gumantong merayu pucuk pimpinan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar campur tangan untuk menyelesaikan masalah kami yang tiada penghujungnya.

“Ini adalah untuk menyakinkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah ini dengan telus dan adil agar hak kami sebagai pewaris terjamin,” katanya.

Tambah Ismail, mereka juga merayu kepada pihak SPRM agar dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu dengan adil dan saksama tanpa berlandaskan pangkat dan darjat seseorang pemimpin itu.(UTUSAN BORNEO)

8 comments:

  1. Sebaiknya SPRM menyiasat isu ini secara terperinci supaya masalah ini dapat ditangani dengan adil dan saksama.

    ReplyDelete
  2. Bulan Februari sudah..apa cerita? Kerja kena efisyen.

    ReplyDelete
  3. tender yang dibuat biarlah mengikut prosedur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. seharusnya mengikut prosedur yang ditetapkan.

      Delete
  4. Pihak yang menguruskan tender tersebut harus segerakan keputusan tender supaya memudahkan persediaan

    ReplyDelete
  5. Kelewatan ini amatlah dikesali olen pewaris gua tersebut.

    ReplyDelete
  6. kerajaan negeri wajar mengkaji semula sistem tender pengutipan sarang burung di gua itu bagi mengembalikan semula hak warisan milik kaum bumiputera tempatan.

    ReplyDelete
  7. kerajaan sepatutnya memperkenalkan sistem yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanpa menjejaskan kepentingan pewaris..

    ReplyDelete