Tuesday 28 February 2012

KETUA SPRM BOLEH AKSES ASET MENTERI

Oleh : KUEK SER KUANG KENG

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini diberikan akses ke atas maklumat berhubung harta atau aset yang dimiliki seseorang menteri, yang sebelum ini hanya diketahui oleh Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Hari ini, saya menyahut seruan lembaga penasihat SPRM, dan bersetuju bahawa ketua pesuruhjaya SPRM diberikan akses penuh kepada dokumen pengisytiharan aset mana-mana anggota pentadbiran kerajaan," katanya sambil diberikan tepukan semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini.

Najib menegaskan bahawa kerajaan BN telah lama mempelopori dasar pengisytiharan aset berbanding dengan pihak lain.

"Setiap anggota pentabiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri. Setiap tambahan harta atau pelupusan harta wajib diisytiharkan.

"Tambahan lagi semua pengisytiharan harta yang berkenaan dibuat secara berkanun," katanya.

Najib juga berkata bagi memastikan setiap undang-undang di negara ini telus dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum ia dikuatkuasakan, kerajaan menerusi kementerian-kementerian bercadang memaparkan setiap draf rang undang-undang di laman web kementerian masing-masing.

Beliau berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan umum dan pihak yang terlibat sebelum ia dimuktamadkan.

"Ini akan menangkis persepsi umum dan antarabangsa kononnya terdapat undang-undang yang hanya mengambil kira kepentingan sesetengah pihak sahaja," kata Najib lagi.

7 comments:

  1. ini baik bagi memastikan SPRM dpt memantau pergerakan aset para Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apapun, diharap SPRM dapat menjalankan tugas mereka dengan telus dan adil.

      Delete
  2. Three cheers for TRANSPARENCY GOVERNANCE!

    ReplyDelete
  3. All ministry should comply to this move, which already have the green light from the PM

    ReplyDelete
  4. syabas kepada kerajaan pimpinan Najib..

    ReplyDelete
  5. Kesediaan tu bagi memastikan kerajaan sentiasa transparent dan bebas daripada penyelewengan.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau SPRM dapat akses aset menteri juga. Maka ini rasanya mudah bagi SPRM menyiasat bagi menteri yang meragui.

    ReplyDelete