Oleh : MARUTIN ANSIUNG
BEBERAPA perkampungan baru yang diwujudkan oleh penduduk setinggan terdiri rakyat asing memiliki Mykad di sini amat diragui kesahihannya terutama pewartaan dari kerajaan, kata Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Keningau, Paul Kadau di sini kelmarin.
“Yang menyedihkan perkampungan ini turut mendapat kemudahan daripada kerajaan yang disalurkan oleh pemimpin kerajaan,” Katanya dalam kenyataannya di sini.
Beliau ingin tahu sama ada tanah yang diduduki dan diwujudkan perkampungan baru itu milik penduduk tempatan yang disewakan dan minta pihak yang berkuasa agar dapat menyiasat perkara ini terutama status tanah tersebut.
“Amanah Keningau menerima aduan daripada penduduk Kampung Lingkudau di sini mengenai dengan tanah yang dipercayai dimiliki seorang bekas pemimpin telah diwujudkan sebagai sebuah perkampungan baru di Kampung Lingkudau yang dinamakan ‘Kampung Lingkudau Baru’,” katanya.
Paul berkata, pemimpin berkenaan telah membenarkan penduduk yang dipercayai rakyat asing menduduki tanah tersebut yang memiliki Mykad meragukan.
“Persoalannya, adakah kampung Lingkudau Baru telah diwartakan oleh kerajaan? Sedangkan tanah tersebut termasuk dalam kampung asal, Lingkudau.” Katanya.
Beliau memberitahu, Amanah Keningau meminta kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa yang berkenaan supaya menyiasat isu ini seperti status tanah tersebut kerana kawasan tanah difahamkan adalah kawasan pertanian dan bukan penempatan setinggan.
Menurut beliau, kampung Lingkudau adalah kampung asal dan tulen dan diwartakan oleh kerajaan dan mempunyai Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan.
“Amanah ingin bertanya apakah motif kerajaan serta pemimpin tertentu mewujudkan kampung Lingkudau Baru? Yang menghairankan pada November tahun lalu penduduk Kampung Lingkudau Baru mendapat peruntukkan daripada kerajaan untuk memasang tiang elektrik serta jalan raya sedangkan kampung tersebut masih dipersoalan kesahihannya,” katanya.
Paul berkata, Amanah menggesa kerajaan supaya apabila mengagehkan peruntukkan wang rakyat hendaklah mengutamakan kampung-kampung yang telah diwartakan dahulu.
Katanya, amanah menganggap bahawa terdapat kampung yang dijadikan ‘fixed deposit’ dan ada kampung yang dianaktirikan terutama sekali Kampung Tuarid Liawan sejak kejadian Tropika Greg pada 1996, penduduk kampung ini belum merasai sentuhan kasih sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Menteri.
“Bagi penduduk kampung Lingkudau amat kecewa dalam perkara ini kerana masih ramai penduduknya yang memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan,” katanya.
Can we be sure that these Kampung Baru are approved by the government? Or does these illegals form their own kampung without permission?
ReplyDeleteHope that the government will put the locals first in developments, they deserves it more.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Deletestatus kampung tersebut harus disiasat, adakah ia sah atau tidak.
ReplyDeletejika ia tidak sah, perlu ambil tindakan segera.
ReplyDeleteimmediate action toward them is definitely needed if found they are not approved by the government.
DeleteBetul, jika tidak sah, segera ambil tindakan.. agar dapat diselesaikan dengan segera.
Deletemusnahkan saja perkampungan ini jika benar ia perkampungan haram.
Deleteya..jika benar kampung tersebut tidak sah, maka tindakan yang bersesuaian perlu diambil.
DeleteWhatever it is, the locals should always be prioritize first.
ReplyDeleteItulah yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi. Moga ada penjelasan dan penyelesaian dalam isu ini.
Deleteya..penyelesaian terhadap isu ini harus dicari dengan segera.
Deletean immediate investigation must be done before election comes.
ReplyDeleteOtherwise this issue will be speculated more and more..
Deletehopefully this matter will be look into by the relevant authority and find the root of this matter.
ReplyDeleteIf this matter is left unchecked, sooner or later there will be more similar kampung that will crop up elsewhere.
ReplyDeleteTo dismay, it happened already.
DeletePATAI get more privileges than the locals? No wonder they have become so arrogant.
ReplyDeletethat's why RCI must be set up ASAP..
DeleteYes, they have their rights. But the authority also need to protect the natives rights. After all, the power and decision in their hand. The natives can only hope.
ReplyDeleteHarap isu ini dapat di selesaikan dengan segera..siasat perkara ini.
ReplyDeleteya kita tidak mahu hak kita sebagai rakyat tulen sabah dicabuli oleh rakyat express..
Deletewarga asing ni lama kelamaan pasti akan mengikis semua hak2 dan keistimewaan penduduk tempatan Sabah.
ReplyDeleteSebab itulah hal ini perlu diselesaikan segera. Jnagan dilengahkan lagi nanti orang tempatan pula yang tanggung akibatnya.
DeleteKalau benar dakwaan ini perlu disiasat dan penjelasan mengenai kampung Lingkudau baru yang tiba-tiba ada ini.
ReplyDeleteBuatlah aduan rasmi dan panjangkan hal ini kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan lanjut dapat diambil.
ReplyDeleteya..buatlah aduan rasmi kepada pihak yang berkaitan.
DeleteJika benarlah sebagaimana yang didakwa, maka tidak hairan jugalah jika ramai yang mahu RCI ditubuhkan.
ReplyDeleteSemoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan segeralah bertindak sebelum terlambat.
ReplyDeleteSementara itu, kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya. Saya yakin hal ini pasti akan ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteAmanah sendiri perlu menyiasat benarkah penduduk kampung lingkudau baru ini adalah dikalangan PATI atau penduduk yang memiliki dokumen kerakyatan yang meragukan..
ReplyDeleteya..kalau ada bukti kukuh, maka laporan rasmi harus dilakukan agar tindakan dapat diambil..
Deletekalau tiada pewartaan dari kerajaan, maka kampung tersebut adalah setinggan haram dan wajib dibersihkan...mana yang lebih berkuasa, bekas pemimpin atau kerajaan? diharap pihak pejabat daerah keningau tidak bersikap sambil lewa dan menyiasat perkara ini..
ReplyDeleteRCI harus ditubuhkan segera...diharap AMANAH menyatakan pendirian mereka dalam isu ini...
ReplyDeletesemoga isu ini akan dapat disiasat dan diberikan penjelasan yang sewajarnya.
ReplyDeleteKg Lingkudou Baru is more special than the local. Now the new Rakyat is more majority than the locals. Democratic country majority decides the rules of the majority and minority follows. The new rakyat may question AMANAH loyalty to the New Rakyat and the new Rakyat may banish AMANAH for their rudeness to the majority. Please understand democracy or AMANAH may face the consequences said Pagal one of the resident once before originated from Sulawesi.
ReplyDelete