Wednesday, 1 February 2012

KONTRAKTOR DEDAH PENYELEWENGAN TENDER



WAWANCARA...Wartawan Sabahkini.Net sedang menemubual Hj Andy mengenai masalah tender.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PENGARAH Urusan Syarikat Zat Kaya Sdn Bhd yang beralamat di Bandar Labuk Sandakan, Haji Andy Jakaria Palawong mempertikaikan mengenai keputusan tender yang dikendalikan oleh pengarah-pengarah daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang bukan saja dianggap tidak relevan; bahkan tidak adil kerana berlakunya sikap diskriminasi dan birokrasi terhadap kontraktor-kontraktor terbabit.

Hj Jakaria selanjutnya berkata ramai para usahawan dan pemborong-pemborong yang telah mengikuti tender-tender yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan berkenaan melahirkan kekecewaan kerana wujudnya campur tangan pihak atasan atau sabotaj sehingga mereka mengalami kerugian bagi membelanjakan pembelian borang-borang sebut harga (tender), pembelian barang-barang keperluan serta menghadiri majlis-majlis taklimat.

Beliau mendedahkan perkara ini kepada Sabahkini.Net di pejabatnya di Sandakan kelmarin dan kecewa atas sikap para pengarah di beberapa jabatan kerajaan kerana tidak jujur dan tidak telus dalam pemberian kontrak-kontrak kepada kroni atau proksi Wakil Rakyat.

“Sebagai mewakili para kontraktor berkenaan yang telah menjadi mangsa keadaan atas sikap dan perbuatan para pengarah berkenaan, serta Jawatankuasa Tawaran Sebut Harga yang tidak adil dan prejudis. Tambahan pula wujudnya sistem birokrasi yang pincang dan songsang, maka saya merayu kepada menteri-menteri di kementerian dan jabatan-jabatan masing-masing agar mengkaji semula agehan kuasa pemutus tender yang dilakukan oleh para pengarah berkenaan. Wajarnya, kuasa itu ditarik balik dan dikembalikan kepada kementerian yang berkaitan,” ujarnya.

Selain itu juga, Hj Jakaria mendedahkan ramai di kalangan pengarah di beberapa jabatan terbabit yang terlibat mengendalikan pengeluaran tender yang hidup dalam serba serbi kemewahan.

"Kita gesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengarahkan mereka (pengarah) juga turut mengisytiharkan harta-harta mereka termasuk harta-harta keluarga mereka," kata Hj Jakaria yang menyokong tindakan WakilRakyat dan Menteri mengisytiharkan harta mereka.

Tegasnya lagi, adalah tidak adil jika hanya para ADUN, ADR dan menteri-menteri saja yang dikenakan oleh SPRM supaya mengisytiharkan harta benda masing-masing; sedangkan Ketua-Ketua Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan berkenaan terlepas begitu saja, sedangkan mereka juga memperoleh habuan-habuan yang lumayan.

Hj Jakaria menambah dengan adanya kaedah sebegini yang dilakukan pihak SPRM terhadap para pengarah berkenaan selain menteri-menteri dalam pengisytihar harta-harta tersebut akan menaikkan imej pentadbiran kerajaan BN

"Dengan itu kita percaya, BN akan terus menjadi pilihan rakyat jika akauntabiliti dan ketelusan tender sentiasa terjaga," kata Hj Jakaria yang menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak sentiasa mendengar keluhan rakyat.

16 comments:

  1. Giving out open tender should be done fairly to those companies who are qualified and trustworthy with good records.

    ReplyDelete
  2. Accountability and transparency is important when conducting open tender, hope that the government will be fair.

    ReplyDelete
  3. pemberian tender harus dilakukan dgn adil dan saksama. jgn ada unsur pilih kasih.

    ReplyDelete
  4. jika ia dilakukan dgn adil, pasti tidak wujud masalah tidak puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang dapat tender tu diam2 sajalah. Tapi sekiranya SPRM telah mendapat laporan kes harus disiasat sehingga selesai.

      Delete
  5. SPRM harus menyiasat detail akan hal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ketelusan dapat dilihat dalam penyiasatan ini. yang berkedudukan/berjawatan tinggi sekalipun perlulah dikenakan hukuman jika benar2 bersalah.

      Delete
  6. Hopefully this matter will be look into.

    ReplyDelete
  7. It would be a waste of tax payers money if the tender is being awarded to the wrong company that can't get the job done trough

    ReplyDelete
  8. This is the reality bites. Any ways to solve it? Power and money can buy one's integrity.

    ReplyDelete
  9. adakah kontraktor salah seorang mangsa yang tidak berpuas hati dalam pemberian tender ini?

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya berikan tender secara adil dan ikut kelayakan yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  11. biasa la bila ada kontraktor yang tidak dapat tander, macam2 tuduhan dibuat.. bukan senang mahu puaskah hati beribu2 kontraktor di negara ini..

    ReplyDelete
  12. namun saya amat bersetuju jika sprm tampil menyiasat perkara ini dan semua pegawai2 kerajaan perlu juga mengistiharkan harta mereka terutamanya yang memegang jawatan tinggi dalam mana2 jabatan kerajaan..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....tumpang promote ye.... Tak perlu lagi cari tender dan sebutharga. Kami akan beritahu anda jika ada yang sesuai dengan anda. https://www.facebook.com/tendersebutharga

    http://www.tendersebutharga.com/

    ReplyDelete