NOTIS....Chang menunjukkan notis MPS yang diterima oleh pemilik premis serta penghuni di Bandar Sandakan.
Oleh : CHANG SHAK HUNG
PELAKSANAAN langkah-langkah penambahbaikan ke atas perkhidmatan kutipan sampah yang melibatkan domestik, rumah dan premis perniagaan di Bandar Sandakan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), sepatutnya dipuji dalam menangani permasalahan bau busuk dan kotor di laluan kaki-kaki lima.
Namun di sebaliknya, Sabahkini.net telah menerima aduan daripada Lau berhubung dengan penerimaan notis pembuangan sampah yang menghadkan pembuangan sampah sarap dibenarkan hanya pada atau selepas pukul lima petang setiap hari, mulai 13 Februari 2012.
Menurut notis pemberitahuan yang ditandatangani oleh Hj Hamsan, Timbalan Presiden MPS, telah mengeluarkan arahan kepada pemilik premis serta penghuni rumah supaya hanya membuang sampah dalam masa yang telah ditetapkan sahaja.
Bagi Lau yang menjalankan perniagaan kedai makan, adalah langsung tidak munasabah memandangkan mereka perlu membuang sisa-sisa makanan yang telah dibungkus dalam plastik, dengan kerap sekali.
Notis berkenaan kata Lau hanya menyusahkan pengusaha kedai makan memandangkan MPS hanya membenarkan mereka membuang sampah pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada atau selepas pukul lima petang sahaja.
Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan tegas iaitu kompaun maksima RM500. Melalui laman rasmi MPS, ia telah disenaraikan Jadual Kutipan Sampah di Bandar Sandakan adalah pada pukul 5 petang.
Sabahkini.net melalui penulis telah mengajukan permasalahan tersebut dan mencadangkan supaya masa kutipan sampah sarap di Bandar Sandakan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 10 pagi dan 5 petang.
Di samping itu juga, kawasan Bandar Sandakan perlu diwujudkan beberapa lokasi pembuangan sampah sarap yang tetap (untuk mereka yang tidak sempat membuang sampah pada pukul 10 pagi dan 5 petang apabila kerja-kerja kutipan sampah sedang dijalankan).
Selain itu juga, pihak MPS yang telah mengeluarkan arahan bahawa peralatan elektrik, computer dan sebagainya, dinasihatkan supaya menghantarnya ke pusat pengumpulan barangan elektrik atau 'e-waste' yang telah menetapkan lokasinya di ruang letak kereta di Giant, Batu 6 pada Ahad, minggu kedua setiap bulan.
Untuk ini, Sabahkini.net juga telah mencadangkan kepada pihak MPS supaya lokasi pengumpulan e-waste ini ditetapkan ke lokasi masing-masing di Bandar Sandakan serta di Tanah Merah atau Bandar Nam Tung, memandangkan lokasi berkenaan mempunyai penduduk yang ramai.
Harap MPS akan teruskan usaha dalam pengurusan sampah dalam kawasan itu.
ReplyDeleteKebanyak rakyat masih belum sedar adanya pengurusan e-waste, kerajaan perlulah menyebarkan maklumat ini menerus pelbagai media supaya rakyat tahu apa cara yang terbaik untuk mengurus barangan elektrik yang sudah rosak. Tanpa pengetahuan, tanpa pembaharuan.
ReplyDeleteThis is a good centralized solution in terms of waste management that is being done by MPS.
ReplyDeletePerhaps other district can emulate this example
ReplyDeleteperlu ada pengurusan sampah yang sistematik.
ReplyDeletepenguatkuasaan biarlah dilakukan dengan tegas supaya masalah kebersihan ini dapat diatasi.
ReplyDeleteharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menangani permasalahan ini.
ReplyDeletePelaksanaan harus tegas untuk memastikan semua tu benar2 terlaksana.
ReplyDeleteBetul..Buat jadual dan ikut jadual itu sebaiknya.
ReplyDeletepihak MPS perlu menjelaskan apa rasionalnya menetapkan jadual membuang sampah sedangkan sampah boleh wujud pada bila2 masa??
ReplyDeletesaya rasa pengadu juga perlu lihat sendiri keadaan sekeliling dimana sebelum ini pembuangan sampah amat tidak teratur sehingga menyebabkan arahan itu dikeluarkan.. jika pengadu atau pemilik2 restoran mempunyai cadangan yang lebih baik, kenapa tidak cadangkan kepada pihak MPS??
ReplyDeleteBaguslah MPS mengambil langkah sebegini untuk tingkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menjaga kebersihan. Pastikan pelaksanaannya efektif dan bukan sekadar cakap2.
ReplyDelete