Wednesday 8 February 2012

KORUPSI JADIKAN MALAYSIA MUFLIS?



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

SETIAUSAHA agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan hari ini amalan korupsi dan kapitalis kroni oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menjadikan negara ini muflis dan bukannya konsep negara kebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata tiada sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin menentang negara berkebajikan yang akan membantu semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin, melainkan beliau merasa bimbang untuk segelintir kroni kapitalis yang akan rugi.

“Negara kebajikan yang memastikan bahawa yang miskin dan lemah tidak dipinggirkan tidak akan menjadikan Malaysia muflis. Korupsi dan kapitalisme kroni yang akan menjadikan Malaysia muflis .

“Sudah tiba masanya untuk kita membasmi kemiskinan, melaksanakan gaji minima dan mengurangkan beban kewangan golongan 60 peratus bawahan yang mempunyai purata pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40 peratus golongan yang terpaksa hidup dengan kurang daripada RM1,500 sebulan,” Lim dalam perutusan khasnya sempena sambutan Thaipusam hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi, kadar inflasi yang melambung menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia dan program-program sosial tidak akan menyaksikan Malaysia kerugian RM1.077 trilion yang telah dibawa keluar daripada negara kita ekoran kegiatan korup dan kapitalis kroni.

Unjuran kerugian tersebut berdasarkan jumlah keluaran wang secara haram dari Malaysia antara tahun 2000 hingga 2009 mengikut laporan terbaru Global Financial Integrity.

“Kerugian satu trilion ringgit ini bermakna bahawa 10 tahun pertama dalam abad ke-21 adalah dekad yang telah hilang dek korupsi.

“Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham Bumiputera yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat itu yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja,” tambah Lim.

Lim (gambar) turut menjelaskan keadaan sama turut berlaku dalam skandal Perwaja dan kerugian dalam tukaran matawang asing oleh Bank Negara yang berjumlah RM20 bilion.

Tambahnya lagi bukanlah perkara yang pelik apabila kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah menjunam ke tahap yang paling teruk selama 60 tahun.

Menurut Lim, kegagalan BN untuk melaksanakan sistem tender terbuka juga telah mengakibatkan kapitalisme kroni.

“Lebuhraya Pantai Barat yang bernilai RM7.07 bilion dengan tempoh konsesi selama 60 tahun serta keengganan untuk memansuhkan tol Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang walaupun pengendali tol sudahpun mengaut keuntungan lebih daripada 100% ke atas pelaburan modal menunjukkan bagaimana kroni-kroni mendapat untung yang besar,” tegasnya.

Jelas beliau, situasi itu telah merugikan hampir seluruh 28 juta orang populasi Malaysia.

“DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu, DAP berharap bahawa pesanan kebaikan mengatasi kejahatan serta kebijakan dan pengetahuan akan mengukuhkan komitmen kita untuk membanteras korupsi dan kapitalisme kroni,” tambah Lim dalam kenyataan tersebut.

Perdana Menteri semalam pada majlis sambutan Chap Goh Mei di Klang berkata negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.

Menurut beliau, walaupun Malaysia bukan negara kebajikan namun kerajaan tetap menyedia dan melaksanakan dasar jaringan keselamatan sosial demi kebajikan rakyat, termasuk golongan kurang bernasib baik.

Tambahnya, melalui dasar jaringan keselamatan sosial dan memberi keutamaan kepada kebajikan, sebuah masyarakat yang lebih adil dan lebih seimbang daripada segi perkongsian kekayaan negara akan dapat diwujudkan.

14 comments:

  1. It is good to help the poor and the needy but I doubt this concept can work to push this country towards developments. The people should not be too dependent on the government aids.

    ReplyDelete
  2. Better economic planning and management should be made so that the taxes will be used to improve the developments of the country and its people.

    ReplyDelete
  3. Tambahnya, melalui dasar jaringan keselamatan sosial dan memberi keutamaan kepada kebajikan, sebuah masyarakat yang lebih adil dan lebih seimbang daripada segi perkongsian kekayaan negara akan dapat diwujudkan.

    -hopefully the Najib administration will continue to strife for this matter for the betterment of the people

    ReplyDelete
  4. Corruption is a very subjective matter. Regardless whether you are on the ruling or the opposition front, its all about the standing of the individual if they choose to be corrupted or not.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposition also not clean at all.

      Delete
    2. Politics without corruption? It needs miracle to happen.

      Delete
  5. korupsi boleh berlaku di mana dan bila2 pun.. ia amat berbahaya kerana ia boleh meruntuhkan negara.

    ReplyDelete
  6. oleh itu, bersama kita banteras korupsi.

    ReplyDelete
  7. Jangan amalkan rasuah, sekecil mana sekali pun cuba la elak.

    ReplyDelete
  8. jangan bertolak ansur dengan apa jua bentuk rasuah, kecil ataupun besar. kenyataan Ambiga untuk melepaskan mereka yang telah melakukan rasuah kecil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
  9. Itu adalah benar. Maka kita perlulah menghalang diri dari terlibat dengan Korupsi..

    ReplyDelete
  10. SPRM perlulah jujur dan tegas bagi menangni isu rasuah yang ada di Negara kita ini. Tidak kira siapa yang melakukan jika disabit kesalahan tetap bersalah.

    ReplyDelete
  11. bila kerajaan buat kebajikan seperti pemberian RM500, baucer buku, pinjaman perumahan melalui kwsp dan sebagainya, dia bantah pula.. bila Pakatan yang buat, confirm dapat pujian sampai ke langit..

    ReplyDelete
  12. ada siapa2 boleh bagi jaminan bahawa PR 100% tidak corrupt??

    ReplyDelete