Saturday, 11 February 2012

KR1M AKAN DIWUJUDKAN DI SABAH

KEDAI Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak selewat-lewatnya Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bilangannya belum ditentukan namun ia akan diwujudkan di daerah-daerah utama di kedua-dua negeri berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyediakan tempat membeli-belah alternatif kepada rakyat untuk membeli keperluan harian mereka.

"Kita memang bercadang untuk membukanya di Sabah dan Sarawak dalam satu dua bulan lagi. Kita tengah menjalankan kajian dari segi kos pengangkutan dan sebagainya. Kita tak nak apabila kita bukan KR1M di Sabah dan Sarawak harganya jauh lebih tinggi daripada di Semenjanjung.

"Jadi kita cuba untuk mendapatkan harga yang tidak jauh bezanya dengan Semenanjung. Yang pasti jika kita buka nanti, harga di KR1M akan berbeza (lebih rendah) dengan kedai-kedai lain," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Menurut Ismail Sabri, bilangan KR1M yang akan diwujudkan di kedua-dua negeri berkenaan juga perlu banyak bagi memastikan harga barangan yang dijual di kedai berkenaan akan sentiasa lebih rendah, berbanding harga barangan di kedai-kedai biasa.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak boleh memberi jaminan bahawa harga barangan yang bakal dijual di KR1M akan sama dengan harga yang dinikmati pengguna di Semenanjung kerana mengambil kira faktor pengangkutan untuk membawa barangan ke Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun katanya, bagi mengurangkan pengaruh kos pengangkutan ke atas harga barangan di KR1M di Sabah dan Sarawak, pihaknya akan mencari dan mengenal pasti pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang sesuai bagi membekalkan barangan yang diperlukan.

"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan IKS di Sabah dan Sarawak (bagi berbincang mengenai perkara ini). Umpamanya kicap dan cili sos serta mi mungkin tidak perlu kita bawa dari Semenanjung kerana di sini pun ramai IKS yang terlibat dengan pengeluaran barangan itu," katanya.

Menurut Ismail Sabri, jika bekalan barangan seperti itu boleh diperolehi dari IKS dengan mudah, ada kemungkinan barangan di KR1M Sabah dan Sarawak akan jauh lebih murah daripada di Semenanjung.

Mengenai harga barangan termasuk makanan di Sabah dan Sarawak yang meningkat, Ismail berkata ia adalah fenomena global yang turut dirasai bukan sahaja di Malaysia tetapi negara-negara di seluruh dunia.

Katanya Malaysia juga tidak terkecuali daripada merasai fenomena berkenaan memandangkan Malaysia masih bergantung kepada pelbagai barangan import termasuk makanan untuk memenuhi permintaan dalam negara. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Hopefully this this reduce the purchasing cost for the people.

    ReplyDelete
  2. Hopefully as well the government will speed up the setting up of KR1M in both borneon states

    ReplyDelete
  3. It is hoped that the goods sold are of good quality, this can help lessen the people's burden.

    ReplyDelete
  4. The KR1M should be opened in the rural areas where transportation and poverty problems are the highest.

    ReplyDelete
  5. itu adalah satu berita baik untuk Sabah, barangan di kedai ini lebih murah, pasti dpt kurangkan beban penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alternatif yang bagus untuk pengguna. Pengguna2 di Sabah boleh berjimat cermat.

      Delete
  6. semoga kedai ni akan dibuka segera.

    ReplyDelete
  7. Para pengusaha kedai 1M'sia kelak harus juga mengutamakan kualiti.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya semakin banyak berita baik untuk Sabah sekarang ini.

    ReplyDelete
  9. KR1M ini akan dapat membantu penduduk Sabah untuk berbelanja dengan baik tambahan ada khabar mengatakan harga di KR1M lebih murah dengan barangan di pasaran lain.

    ReplyDelete
  10. pasti kewujudan KR1M ini akan memberikan saingan kepada pemilik2 pasar raya atau peruncit yang lain.. suka atau tidak, yang penting sekali ialah beban rakyat dapat dikurangkan..

    ReplyDelete
  11. kerajaan juga perlu memastikan pembukaan KR1M di negeri ini akan memberikan keutamaan kepada syarikat2 tempatan, bukannya dari semenanjung.. begitu juga pekerja2nya..

    ReplyDelete
  12. KR1M membuka ruang kepada pengusaha tempatan untuk mempromosikan barangan mereka. Diharap kualiti barangan di KR1M sentiasa dijaga.

    ReplyDelete