Wednesday, 1 February 2012

LANGKAH KE BELAKANG KESAKSAMAAN GENDER



Oleh : HANIZA TALHA

KEJAYAAN penghakiman kes Noorfadilla Ahmad Saikin yang menyaman Kementerian Pelajaran dan kerajaan kerana menarik balik surat pelantikannya sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT); hanya kerana hamil tiga bulan pada 12 Julai tahun lalu, memberikan harapan bahawa usaha untuk melaksanakan kesaksamaan gender mula menampakkan hasilnya.

Komitmen Malaysia dengan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) sejak tahun 1995 seharusnya menghormati dan bertindak selaras dengan artikel tersebut:

Artikel 11(1) CEDAW di mana anggotanya hendaklah mengambil langkah -langkah sewajarnya bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan.

Artikel 11(2) CEDAW menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengambil langkah-langkah untuk melarang pemecatan atas alasan mengandung.

Wanita PKR merasakan bahawa langkah kerajaan ini merupakan langkah ke belakang dalam melaksanakan usaha memartabatkan wanita.

Malah, suatu tindakan menghalang wanita Malaysia daripada menerima haknya secara adil selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Tindakan ini juga telah menyebabkan nama Malaysia tercalar di mata dunia apabila penghakiman yang amat penting ini telah dicalonkan untuk anugerah ‘International Gender Justice Uncovered' oleh Women's Link Worldwide pada tahun ini terjejas.

Wanita PKR juga mendesak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memainkan peranan untuk menghalang tindakan tidak bertamadun ini sebagai bukti kesungguhan dalam mematuhi pemeteraian CEDAW yang telah ditandatangani.

"Gender equality is more than a goal in itself. It is a precondition for meeting the challenge of reducing poverty, promoting sustainable development and building good governance," Kofi Annan.

(NOTA : Penulis merupakan Naib Ketua Wanita PKR dan Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Medan serta Timbalan Speaker DUN Selangor).

14 comments:

  1. Equality of gender should be emphasize, a person's capabilities should not be determined by his or her gender.

    ReplyDelete
  2. We must stop discrimination and start treating everyone equally regardless of race, gender or religion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What a dismay when some people still have the barbaric thinking to discriminate race, gender or religion nowadays.

      Delete
  3. mmg tidak wajar penarikan balik tawaran hnya kerana dia hamil.

    ReplyDelete
  4. golongan wanita juga harus dilayan sama rata.

    ReplyDelete
  5. "Gender equality is more than a goal in itself. It is a precondition for meeting the challenge of reducing poverty, promoting sustainable development and building good governance," Kofi Annan.

    - Hopefully women are not being discriminate in every facet of society. They too are contributors to the development of our nation, on par with men.

    ReplyDelete
  6. Note to men: Don't be a sexist.

    ReplyDelete
  7. diskriminasi jantina seharusnya tidak wujud di zaman sekarang. Ramai wanita bergiat aktif dalam indutri yang ada di M'sia.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Not sure but most probably will be a positive result.

      Delete
    2. rasanya ke ini berjaya.

      Delete
  9. kesaksamaan gender memang harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
  10. Peluang untuk wanita harus diberikan.

    ReplyDelete
  11. syabas.. saya melihat isu ini dari perspektif yang berbeza dari rakan2 yang lain.. sesungguhnya mahkamah di negara ini sentiasa memberikan keadilan kepada pihak yang rasa dianiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai kuasa..

    ReplyDelete