Thursday 16 February 2012

MERCUN, SANDIWARA KETUA PENGARAH KASTAM?



Saudara Pengarang,

KAMI amat tertarik dengan artikal yang disiarkan oleh Borneo Post pada 8 Februari 2012 bahawa 18 orang awam telah ditangkap kerana bermain mercun di malam Chap Goh Meh. Operasi bersepadu itu dilakukan oleh 100 pegawai kastam dan tidak termasuk pegawai polis di sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Disini, kami sebagai pembayar cukai dan rakyat Malaysia yang bertanggung jawab hendak bertanya pada Ketua Pengarah Kastam, siapakah yang mendalangi semua penyeludupan mercun ke Sabah dan Sarawak?

Bukankah semua mercun diimpot dari Negara China dan bagaimana boleh terlepas dari pemantauan Pelabuhan Klang, Kota Kinabalu dan Sarawak, sedangkan kesemua pelabuhan dibekal dengan alat pengimbas (Kontena Scanner) canggih bernilai ratusan juta ringgit?

Kami difahamkan mercun itu diimport dari China masuk ke Sarawak dan Sabah bercampur dengan perabot atau barang murah buatan China. Sindiket akan import masuk ke Sabah dan Sarawak empat hingga enam bulan sebelum Tahun Baru China.

Kami teramat hairan kerana kastam telah belanja berarus juta ringgit beli alat pengimbas tetapi kini sindiket masih boleh seludup masuk Mercun, Rokok, Dadah, minuman dan barang-barang yang bercukai melalui pintu depan pelabuhan tanpa dikesan oleh pegawainya?

Kenapa orang Sabah ditangkap dan didenda RM70 hingga RM700 dan bukan sindiket dari Sarawak yang membawa masuk mercun itu? Kami tahu yang boleh bawa masuk mercun ke Sarawak sindiket yang ada kapal sendiri dan semua adalah rakan kongsi Ketua Pengarah Kastam yang memiliki kapal cargo sendiri. Sarawak lagi hebat main mercun, macam di negara China pada tahun baru Cina, baru-baru ini.

Kalau Tun Ling Liong Sik dan Dato' Khir Toyo boleh ditangkap oleh SPRM untuk disiasat, kenapa Ketua Pengarah Kastam dikecualikan kerana banyak artikal disiarkan di laman web ini bahawa beliau menyalahgunakuasa, korup dan bersubahat dengan sindiket penyeludupan rokok, minuman keras, sayap ayam, kayu balak, kereta, minyak diesel subsidi dan barang yang bercukai tinggi ke Sarawak? Adakah VVIP yang melindungi beliau dari siasatan SPRM?

Yang anehnya ialah perkhidmatan beliau disambung dua tahun lagi oleh kerajaan dan kami rasa ada sesuatu yang tak betul oleh pemimpin kita. Di sebuah surat khabar tempatan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengatakan sehari lebih kurang 150 buah kereta dilapor hilang di Semenanjung. Kalau sebulan berapa unit?

Pelabuhan Klang sudah lengkap dengan alat pengimbas (container scanner) dan kerajaan sudah belanja beratus juta ringgit tetapi kereta yang dicuri masih boleh dikirim keluar negara? Kejadian ini umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Apatah lagi kalau bos kastam korup, maka pegawainya pun sama juga.

Ketua Pengarah sudah kaya dan tidak habis makan tiga generasi. Beliau harus letak jawatan serta merta supaya tidak merosakan nama kerajaan BN dan imej KDRM. Kami juga tahu Ketua Pengarah mahu melobi tempat dia diambil alih oleh pegawai dari Sarawak apabila dia pencen tahun ini supaya rakan kongsi dia di Sarawak boleh teruskan projek penyeludupan di Sarawak; terutama di daerah Bintulu, Sibu dan Miri.

Wahai orang Sabah! Kalau Ketua Pengarah Kastam tidak letak jawatan sebelum PRU13, "Ini kali lah". Sebelum pangkah kertas undi, harus ingat YB ABU.(Yang Bijak, Asal Bukan Umno). Biar kita bagi peluang kepada Pembangkang menubuhkan kerajaan lima tahun supaya pemimpin dan pengarah yang korup disiasat. oleh kerajaan PKR (Parti Kerajaan Rakyat)

Sebenarnya, kami hendak membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kastam dan pegawainya yang menyalahgunakuasa dan korup pada masa terdekat ini. Kami berfikir membuat laporan sekarang atau selepas PRU13 kerana kami rasa tidak guna buat laporan polis sekarang kerana VVIP akan melindungi beliau.

Mungkin kami terpaksa tunggu PKR jadi kerajaan pada PRU13. Kami berharap parti PKR jadi kerajaan akan tangkap Ketua Pengarah Kastam dan kroninya untuk siasat.

Kami harap SPRM juga akan bertindak menyiasat harta benda yang dibeli oleh Ketua Pengarah di luar negara dan wang yang disimpan di bank luar negara.

Salam Hormat,

ANGRYBIRD SABAH

13 comments:

  1. Tindakan yang tegas untuk memantau dan merampas mercun ini perlulah dilakukan jika hendak mengharamkan mercun ini.

    ReplyDelete
  2. Belajarlah dengan kerajaan Singapura yang tegas mengharamkan mercun. Mercun dan bunga api hanya boleh dimain oleh kerajaan bila Hari Kemerdekaan mereka setiap tahun. Orang ramai diharamkan daripada memiliki mercun dan bunga api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara Malaysia pun mengharamkan mercun tetapi mungkin kelemahan dalam penguatkuasaan telah menyebabkan masih terdapat mercun yang dijual di negara ini tidak kira musim perayaan ataupun bukan.

      Delete
    2. Pelaksanaan harus tegas. kalau tidak undang2 tu tidak berkesan.

      Delete
  3. Perhaps the Customs department need to conduct a post mo term in regards to these critical view of the writer.

    ReplyDelete
  4. From there perhaps they can intensify their effort to counteract the smuggling of these contra bands that has manage to slip trough.

    ReplyDelete
  5. pengharaman mercun perlu dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. diharap pihak kastam dan pihak2 yang berkenaan dapat menjalankan siasatan atau serbuan lebih kerap bagi memastikan mereka yang terlibat dalam aktiviti menyeludup ataupun menjual mercun dapat diberkas.

    ReplyDelete
  7. Pikul amanah yang diberikan dengan rasa tanggungjawab. Jangan salahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dikesan mereka yang salah guna kuasa. hukuman yg sewajarnya perlu diberi.

      Delete
  8. Ketua Pengarah Kastam perlu memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Sudah semestinya persoalan timbul. Sedangkan Penguatkuasa kastam telah disediakan dengan pelbagai peralatan yang canggih lagi moden, namun kenapa masih barangan ini terlepas kepada orang ramai..

    ReplyDelete
  9. kalau manusia pun boleh memasuki negeri ini secara haram melalui pintu belakang tanpa dikesan, inikan pula mercun..

    ReplyDelete
  10. mau tunggu PKR jadi kerajaan?? bermacam2 lagi skandal akan berlaku di Sabah sebagaimana berlakunya skandal pasir di selangor..

    ReplyDelete