Wednesday, 1 February 2012

MINI-CASINO, PKR BUAT LAPORAN POLIS



Oleh : ZAKARIA HALIM

EKORAN tidak ada sebarang tindakan drastik diambil polis dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis menggesa agar pihak berkuasa membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Citra Masadi yang membuat laporan polis di Balai Polis Kunak setelah mendapat pengesahan dan maklum balas daripada Tim Pemantau AMK PKR di Kota Kinabalu.

Dalam laporannya KARAMUNSING/RPT/2179/2012 Citra melaporkan bahawa;

"Pada lebih kurang jam 5.15 petang, 31.01.2012, saya datang ke Balai Polis IPD Kunak berhubung dengan artikel MINI CASINO DI BELAKANG SUGAR BUN KK? yang disiarkan oleh portal SABAHKINI.NET baru-baru ini. Setelah rakan-rakan AMK NEGERI yang telah membuat pantauan di sekitar Kota Kinabalu dan mendapati kegiatan pusat premis-premis judi yang tidak berlesen masih berleluasa walaupun telah disiarkan dalam portal dan maklumat terperinci telah diberi; namun premis tersebut masih juga kebal menjalankan operasi mereka tanpa rasa bersalah. Maka saya bagi pihak AMK Negeri Sabah merasa terkilan dengan gejala seperti ini dapat bebas sewenang-wenangnya serta mendesak pihak PDRM/DBKK agar segera menyiasat individu-individu yang terlibat seperti yang tersebut dalam artikel itu dan mengheret serta di dakwa di mahkamah kerana jelas melanggar undang-undang. Di sini juga saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab seharusnya mencegah kegiatan ini dengan kadar segera agar imej Bandaraya Kota Kinabalu tidak terjejas serta mengambil kira kadar jenayah yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti seperti ini."

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Unit D7 Bukit Aman turun padang secara senyap memantau dan menyerbu kegiatan judi haram yang bukan sahaja berlaku di Kota Kinabalu, malah di Tawau, Sandakan, Kunak dan Lahad Datu.

"Jangan jadikan Sabah sebagai tempat pembuangan semua polis yang rosak akhlak kerana merekalah punca kegiatan ini berleluasa," kata Citra ketika ditanya punca kegiatan tersebut sukar dikawal.

14 comments:

  1. It's a crying shame that there are such premises that conducts illegal gambling activities.

    ReplyDelete
  2. aktiviti judi yang makin berleluasa harus dibanteras.

    ReplyDelete
  3. pihak polis kena ambil tindakan berhubung laporan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Many of these mini casinos are illegal and does not have the license to operate, the police must weed out these illegal business to prevent the widespread of gambling among our people.

    ReplyDelete
  5. Illegal activities such as gambling should be curbed as it is bad for our society.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is bad but it not an easy task to stop gambling among the society. Maybe this problem will has no end. As long as there is request, there will be supply.

      Delete
  6. Hopefully the police will act with integrity in accordance to their duty to uphold the law.

    ReplyDelete
  7. pihak berkuasa perlu serbu premis2 yang menjalankan kegiatan haram.

    ReplyDelete
  8. Semakin lama masalah tu semakin masalah2 sosial parah.

    ReplyDelete
  9. Casino yang tidak ada lesen dan beroperasi secara haram perlulah ditutup dan diambil tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  10. Jangan biarkan casino itu terus beroperasi. Pihak berkuasa perlu menyelesaikan masalah seperti ini. Perjudian haram ini tidak boleh dibiarkan.

    ReplyDelete
  11. dia cakap Sabah tempat pembuangan polis rosak akhlak, tapi dia buat laporan polis di Sabah juga.. polis Sabah juga yang dia cara bila ada masalah..

    ReplyDelete
  12. saya harap pihak berkuasa sedang merancang bagi membanters kegiatan haram di negeri ini setelah pelbagai artikel di terbitkan oleh media tempatan berhubung dengan isu ini..

    ReplyDelete