Oleh : CHANG SHAK HUNG
SABAHKINI.NET menerima aduan berhubung dengan longkang tersumbat serta penutup longkang yang pecah dan hilang, yang difailkan oleh Tan yang beralamat di Blok G, Bandar Leila, Sandakan dan terus meninjau ke lokasi bersama pengadu.
Amat memeranjatkan walaupun longkang sedalam 3 kaki, namun airnya hampir melimpah ke atas jalan raya. Melalui pengamatan di tempat tersebut, dinding longkang yang pecah serta sampah sarap dan tanah merupakan punca utama keadaan longkang ini tersumbat.
Bukan itu sahaja, keadaan air longkang yang berbau busuk dan telah menjadi hitam, menjadi tempat pembiakan nyamuk. Jejentik nyamuk banyak kelihatan di dalam longkang tersebut.
Menurut Tan dan salah seorang peniaga di blok berkenaan, mereka pernah mengadu kepada pihak MPS beberapa bulan yang lalu; malah mengakui pernah melihat mereka membuat pemeriksaan.
Namun mereka hairan kerana beberapa bulan telahpun berlalu tetapi longkang itu terus tersumbat dan menjadi koloni pembiakan nyamuk aedes.
Sabahkini.net telah mengajukan aduan berhubung dengan permasalahan ini kepada MPS melalui e-aduan dan gambar telah disertakan yang menunjukkan betapa seriusnya keadaan longkang yang tersumbat ini mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia, terutama sebagai tempat pembiakan nyamuk.
Harap MPS akan segera membersihkan longkang yang tersumbat itu supaya tidak menyebabkan air bertakung dan mengundang pembiakan nyamuk aedes.
ReplyDeleteDiharapkan masalah longkang sumbat dan penutup longkang pecah ini akan diselesaikan secepat mungkin.
ReplyDeleteMPS perlu sentiasa memberikan longkang2 yang ada, jgn biarkan ia hingga tersumbat.
ReplyDeletekebersihan kena diutamkan, orang awam juga kena ambil peranan menjaga longkang, dgn tidak membuang sampah ke dalam longkang.
ReplyDeletepihak MPS perlu sensitif dengan masalah2 yang berlaku. harap mereka dapat mengambil tindakan segera.
ReplyDeletepara peniaga juga bertanggungjawab dalam hal ini. jangan membuang sisa2 mereka di dalam longkang.
ReplyDeleteKerjasama bersama harus dalam hal tu. amalkan kebersihan.
Deletekerosakan dan ketiadaan penutup longkang ini memudahkan orang2 awam yang tidak bertanggungjawab untuk membuang sampah ke dalam longkang. perlu diingat, ia juga mampu membawa
ReplyDeletekecelakaan terutama pada waktu malam. kejadian lepas biarlah jadi pengajaran
kenapa belum ada tindakan selepas pemeriksaan dibuat? terlalu tinggikah perbelanjaan yang diperlukan untuk penyelenggaraan longkang2 itu??
ReplyDeleteLongkang yang tersumbat itu perlulah diberikan perhatian oleh pihak MPS.
ReplyDeleteKerjasama dari semua pihak pasti dapat menjamin kebersihan kawasan kita.
ReplyDeleteAct promptly when there is problem. Don't wait or ignore until the problem gets worst.
ReplyDelete