Wednesday 15 February 2012

NFCORP MELANGGAR SYARAT PINJAMAN



Oleh :SHAZWAN MUSTAFA KAMAL (TMI)

DATUK Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain. Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkan kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui sama ada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang potfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kena mengena dengannya,” katanya.

7 comments:

  1. Harap mereka yang terlibat dalam skandal NFC ini akan menerima tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. NFC kena kembalikan semua pinjaman mereka.

    ReplyDelete
  3. selain kembalikan wang tersebut, apa lagi tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka yang telah terlibat?

    ReplyDelete
  4. Pinjaman tersebut atas nama Persekutuan?

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu siasatan mengenai perkara ini. Mengenai pinjaman maka perlulah ada perbincangan antara dua pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  6. tidak perlulah ada pihak yang cuba menjatuhkan hukuman kepada Shahrizat atau NFC selagi siasatan belum selesai..

    ReplyDelete
  7. Yang 'jatuhkan' hukuman ke atas Sharizat tu 'bersih' sangatkah?

    ReplyDelete