Tuesday 14 February 2012

PAS GESA ANWAR TARIK BALIK KENYATAAN

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan beliau yang menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Nik Abdul Aziz berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, memutuskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

"Sekiranya The Wall Street Journal ini tidak tepat melaporkan kenyataannya sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri (Anwar), kita harap Datuk Seri saman WSJ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Isnin.

Anwar sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar The Wall Street Journal.

Nik Abdul Aziz berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau pagi tadi, telah dihantar kepada ketua pembangkang itu.

"Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.

"Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang kawan, sebagai Mursyidul Am PAS supaya dia tarik balik kenyataan dia mengenai Israel," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Besar Kelantan itu berkata keselamatan negara haram seperti Israel bukanlah tanggungjawab orang Arab atau umat Islam kerana negara itu sendiri ditegakkan atas dasar kezaliman. (BERNAMA)

9 comments:

  1. Apakah yang Anwar cuba melakukan dengan menyatakan penyokongan beliau terhadap Israel?

    ReplyDelete
  2. Sikit-sikit kecam Israel tapi dalam masa yang sama, ada sesetengah ahli politik bekerjasama atau menyokong Israel. Hipokrit.

    ReplyDelete
  3. memang benarkah kenyataan Anwar ni? rasanya bukan mudah untuk beliau tarik balik apa yang sudah dinyatakannya.

    ReplyDelete
  4. PAS sendiri tak setuju dgn kenyataan Anwar mengenai Israel.

    ReplyDelete
  5. Akhirnya PAS bersuara juga menegur perbuatan Anwar.

    ReplyDelete
  6. Anwar memang bukan pilihan yang terbaik rakyat.

    ReplyDelete
  7. slogan PAS yang berbunyi "PAS For All" sama dengan slogan Israel yang berbunyi " Israel For All"..

    ReplyDelete
  8. apapun pergolakan yang berlaku dalam Pakatan, pandai2 la Anwar selesaikannya.. jika Anwar tidak mampu selesaikan perseoalan2 dalam Pakatan yang juga disebabkan oleh tindakan beliau, baik beliau lupakan hasrat beliau untuk merampas jawatan PM..

    ReplyDelete