Thursday, 23 February 2012

PATI DI SABAH PENENTU MASA DEPAN

Oleh : CLARA CHOOI

TUKANG perahu, Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin di kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

Tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanannya apabila pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukanlah perkara baru buatnya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

“MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.

Menurut Idris sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.

Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya.

Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau 'jika bernasib baik'. Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran 'jika ada operasi'.

“Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar. Saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya.

“Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700,” kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.

Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan.

Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929,299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.

Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.

Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.

“Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan,” kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Parti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema 'Sabah untuk rakyat Sabah' dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.

Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.

“Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.

“Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan Perdana Menteri akan uruskan dengan yang lain,” katanya memetik Bernama Online.

Tetapi pengumuman menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCO semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.

Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu 'pada masa yang sesuai'.

Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai “tamparan hebat” kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.

Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.

Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.

“Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini. Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebih atau kurang kami di sana. Kami konsisten. Kami perlukan ia (RCI), anda tahu,” katanya.

Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai 'cip tawar-menawar' untuk mendapatkan hak mereka.

“Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda. Bagaimana saya perlu katakan kepada anda?

“Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan. Kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat,” katanya.

BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.

38 comments:

  1. Parti-parti asal Sabah perlulah memegang teguh pendirian mereka dan bertegas dengan apa yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed, we shouldn't let invaders to knock us down.

      Delete
  2. Jangan biar PATI menjadi penentu masa depan negeri Sabah, kita perlulah membersihkan senarai nama pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI tidak berkelayakan langsung membuat undian.

      Delete
    2. semua mahukan masalah pati ini diselesaikan..namun ia bukan mudah, komitmen semua pihak amat diperlukan.

      Delete
  3. adakah penubuhan RCI akan menjadi satu-satunya cara untuk berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Could you please tell me what other kind of methods do we have?

      Delete
  4. jika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Impossible there is only one solution to this PTI issue. There must be other solution too.

      Delete
    2. harap RCI ini akan dapat dilaksanakan dengan sgera untuk menyelesaikan masalah pati ini.

      Delete
    3. RCI harus segera dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah tu

      Delete
  5. walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    ReplyDelete
  6. Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

    ReplyDelete
  7. Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus mengambil tindakan yang wajar tanpa melengangkan masa.

      Delete
    2. masalah pati memang masalah yang serius..harap penyelesaian terbaik akan dapat dicari.

      Delete
  8. sekarang ni PATI ada di mana2 sahaja, bilangan mereka pun makin ramai, ini yg amat membimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat KK, golongan PATI membanjiri bandar tersebut. Jumlah ini bertambah secara mendadak.

      Delete
    2. jumlah pati memang sudah terlalu ramai..harap ini akan dapat diatasi..

      Delete
  9. kerana itu RCI perlu ditubuhkan bagi atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  10. RCI sudah dipersetujui oleh menteri2 kabinet di persekutuan.. jadi tunggu sahaja pengumuman rasmi dari PM.. kalau semua pihak yakin bahawa RCI mampu menyelesaikan masalah ini, bermakna masalah ini akan selesai tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  11. jika STAR kalah pada pilihanraya umum nanti, jangan jadikan PATI sebagai alasan.. anggap la kekalahan itu hasil dari ketamakan JK yang enggan bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya JK sepakat dengan pembangkang tempatan lain pasti akan mendapat sambutan lagi hebat.

      Delete
  12. sekiranya RCI juga tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah ini, apa agaknya alternatif JK sekiranya beliau berjaya membentuk kerajaan baru?? jangan hanya tahu mendesak penubuhan RCI tapi dia sendiri tidak ada apa2 alternatif sekiranya kaedah itu tidak berjaya..

    ReplyDelete
  13. RCI akan di umumkan tidak lama lagi. Harap kita semua bersabar dan di harapkan juga PM akan memnunaikan janji beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im sure Najib will do the best to announce the setup of RCI. Lets wait and see.

      Delete
  14. Masalah PATI sudah menjadi semakin serius, harap masalah ini akan selesai dalam jangka masa yang pendek.

    ReplyDelete
  15. JK seharusnya memberi pendapat untuk sama2 membantu dalam hal ini. Jangan mempolitikkan isu ini.

    ReplyDelete
  16. Projek IC harus disiasat agar golongan yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  17. “MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.

    Kenapa ini terjadi? Siasatan diperlukan untuk mengelakkan kes rasuah.

    ReplyDelete
  18. Golongan ini tiada hak langsung untuk menetap dan mengundi di Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Najib akan membuat pengumuman terhadap pertubuhan RCI tersebut.

    ReplyDelete
  20. Tiada sebab kenapa kerajaan menolak permintaan RCI.

    ReplyDelete
  21. RCI addalah cara yang paling berkesan buat masa kini, kelulusan harus dipercepatkan agar kerja siasatan dapat dimula dengan pantas.

    ReplyDelete
  22. Jika RCI nanti dilaksanakan rasanya masalah PATI ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  23. perkembangan RCI kini dinanti..harap masalah pati ini akan berjaya diselesaikan.

    ReplyDelete
  24. PATI have outnumbered the locals. This is a bad sign people.

    ReplyDelete