Tuesday, 14 February 2012

PENGKRITIK MUNGKIN KECEWA DAN CEMBURU

Oleh : KOW GAH CHIE

ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin 'kecewa dan cemburu' dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program 'Permata Negara'.

Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar... Saya tidak tahu. Mungkin cemburu," katanya yang jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita saya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa Naib Canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.

"Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya. Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya,” katanya dengan nada kurang senang.

Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.

“Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau Perdana Menteri. Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain.

“Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara,” katanya.

12 comments:

  1. Rosmah tidak perlu risau ataupun marah jika apa yang orang cakap itu tidak betul.

    ReplyDelete
  2. clearly she's taking it quite well.

    ReplyDelete
  3. Like a proper LADY in every sense of the word

    ReplyDelete
  4. orang yang memfitnah Rosmah adalah mereka yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.

    ReplyDelete
  5. tak cukup dengan Najib, Rosmah pun terlibat sama dalam permainan politik pihak tertentu.

    ReplyDelete
  6. dari isu cincin sampailah ke isu penganugerahan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. mungkin memang benarlah pengkritik kecewa dan cemburu.

    ReplyDelete
  7. biar pun ada banyak isu panas mengenainya tapi ada juga anugerah diterima.

    ReplyDelete
  8. 'Cemburu' siapa yang makan lada pasti terasa pedas

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada Isteri Datuk Najib, iaitu Datin Rosmah Mansur. Apa pun pastikan kita tidak berlalu boros dengan kekayaan yang kita ada.

    ReplyDelete
  10. beliau patut menjawab semua persoalan2 itu dengan tenang dan profesional..

    ReplyDelete
  11. jika pihak yang mengkritik Rosmah itu adalah dikalangan ahli2 politik, mereka sepatutnya berhenti dari melakukan kerja yang tidak berfaedah itu dan memberikan tumpuan kepada masalah2 rakyat dan negara ini..

    ReplyDelete
  12. Rosmah ambil langkah bijak dengan tidak 'melatah' dengan kritikan yang dilemparkan ke atas beliau.

    ReplyDelete