Wednesday, 15 February 2012

PERKASAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA



LANCAR...Kamarlin diiringi oleh Awang Anak dan Haji Roslan mengebarkan jalur gemilang sebagai simbol pelancaran program tersebut di kampung Lubuk Weston.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

MASYARAKAT Sabah, khususnya golongan muda di daerah ini diminta memperkukuhkan semangat 1Malaysia sebagai aspirasi dalam meningkatkan kemakmuran negara pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, rakyat terutamanya golongan muda seharusnya bersyukur kerana dapat menikmati kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi selepas kemerdekaan negara yang telah diperjuangan oleh pemimpin terdahulu

Sehubungan itu katanya, adalah wajar bagi golongan muda sebagai pemimpin pelapis bukan sahaja mempertahankan keharmonian serta kemakmuran negara ini terus bertahan, namun terus berusaha melestarikan dalam konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak

"Gagasan 1Malaysia adalah konsep yang bertunjangkan kekuatan yang muncul daripada perpaduan kepelbagaian kaum yang bebas mengamalkan cara hidup masing-masing tetapi tetap bersatu memajukan negara, saling memahami dan saling menghormati di bawah panji-panji Jalur Gemilang," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Jiran Rukun Tetangga bagi kawasan Lumadan di kampung Lubok Weston dekat sini baru-baru ini.

Menurut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Sipitang, kekuatan perpaduan inilah yang cuba digembleng dan disuburi dengan lebih giat oleh kerajaan memandangkan perubahan zaman yang semakin komplek menyaksikan lebih banyak cabaran dan ketidakpastian perlu ditempuh oleh negara dan rakyat.

"Semangat 1Malaysia sangat relevan dalam membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat ke arah lebih baik," kataya

Tambahnya, kerajaan berjaya meletakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum pada landasan betul yang mana setiap etnik bebas menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kepercayaan agama masing-masing.

Oleh itu, Kamarlin meminta generasi muda masa kini terus menghargai serta memelihara kemakmuran yang dinikmati kerana bukan semua rakyat di dunia dapat hidup aman seperti di negara ini.

"Oleh itu, rakyat perlu menolak sebarang tohmahan yang memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerana ia hanya mengelirukan mereka," katanya.

11 comments:

  1. Perpaduan dan hubungan baik antara rakyat yang berlainan kaum dan agama ini perlulah diteruskan sehingga akhir masa.

    ReplyDelete
  2. Tanpa perpaduan, keharmonian sebuah negara tidak dapat dikekalkan dan itu akan membawa impak yang negatif kepada negara itu.

    ReplyDelete
  3. Regardless of ethnicity, creed as well as potitiacal affiliation, Let us strive for the bettement of our country as one nation

    ReplyDelete
  4. 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatu padukan masyarakt Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagasan 1Malaysia ini perlu dihayati dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.

      Delete
  5. janganlah ada antara rakyat yang hidup berpuak2 dan suka mengagung2kan kaumnya sendiri.

    ReplyDelete
  6. kekalkan keamanan dan keharmonian.

    ReplyDelete
  7. Kita sebagai negara yang berbilang kaum dan bangsa perlulah bersatu mengukuhkan perpaduan. Dengan adanya 1 Malaysia ini sememangnya satu perkara yang baik untuk diterapkan kepada diri kita.

    ReplyDelete
  8. belia muda adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan sebarang hasutan pemimpin2 politik.. lihat saja bagaimana kelakuan pelajar2 kita sebelum ini yang tergamak melakukan ancaman bunuh kepada pemimpin negara..

    ReplyDelete
  9. 1Malaysia yang sebenar sudah wujud sekian lama di Sabah. Hargai perpaduan yang kita ada dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan.

    ReplyDelete