Oleh : AIDILA RAZAK
PILIHANRAYA umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya, demikian ramalan ahli sains politik, Ong Kian Ming (gambar).
Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.
"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.
"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.
Bercakap pada satu forum di Bangsar, katanya jika Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri, BN akan menjadi lebih 'eksklusif daripada inklusif'.
"Ini dan ekonomi yang semakin teruk akan menyaksikan 60 peratus daripada kerusi BN akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14.
"Pilihan raya umum ke-13 adalah permulaan bagi BN kehilangan kuasanya," kata Ong. (MKINI)
This is an interesting analysis.
ReplyDeleteBut still, all shall be revealed cum CE-13 and it's aftermath
ReplyDeleteAll these speculations will be proven after the votes are calculated during the next GE.
ReplyDeleteWe will wait and see how the people will vote after this, better be prepare to face the next General Elections.
ReplyDeletePRU13 masih akan menyaksikan BN kekalkan tampuk pemerintahannya.
ReplyDeletelaluan untuk PR pergi ke putrajaya masih jauh lagi.
ReplyDeletemungkin rakyat masih percaya dengan parti pemerintah
ReplyDeletetunggulah sampai bulan jatuh ke riba baru PR memerintah. parti sendiri pun tidak bersatu, bermimpi mahu memegang tampuk pemerintah.
ReplyDeleteMungkin itu benar dan mungkin juga PR tidak ada peluang langsung untuk menawan putrajaya selamanya.
ReplyDeletelega Pakatan pembangkang bila dengar ramalan ini..
ReplyDeletemacam mana sekalipun, saya tetap tidak bersetuju dengan ramalan ini.. saya tetap yakin dengan ramalan sebelum ini dimana pakatan akan kehilangan beberapa negeri yang mereka tadbir hari ini..
ReplyDelete