PROGRAM transformasi yang dimulakan kerajaan hampir tiga tahun lalu, kini mula membuahkan hasil dalam pelbagai bidang.
Fakta dan angka yang positif dari pelbagai inisiatif dapat membuktikannya dan menolak sikap ragu-ragu terhadap reformasi pentadbiran negara dan tadbir urus ekonomi negara.
Apa yang lebih menggembirakan ialah kemajuan yang telah dicapai ini berlatar belakang ekonomi global yang suram, terutamanya dari Eropah.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan berada pada landasan yang betul dan bekerja lebih untuk menjadikan ekonomi negara lebih baik, seperti mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menggalakkan.
Persekitaran yang lebih kondusif juga telah memberi manfaat kepada institusi pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang baru-baru ini mengumumkan antara pembayaran dividennya yang tertinggi pada 6.0 peratus kepada 13 juta anggotanya.
Fokus utama kerajaan adalah terhadap penyampaian dan hasil untuk memberi manfaat kepada rakyat dan petunjuk terkini menjadi bukti yang jelas: kehidupan rakyat menerima kesan positif, aktiviti perniagaan meningkat, keyakinan pelabur tinggi, perdagangan dan pelaburan mencatatkan rekod, pertumbuhan ekonomi yang baik dan defisit berkurangan.
Semua ini tidak berlaku secara tidak sengaja. Ini telah dilakukan melalui dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaan program-program yang berorientasikan rakyat.
Karenah birokrasi dikurangkan dan beberapa sektor diberi kelonggaran, yang memacu Malaysia untuk memperbaiki rankingnya sebanyak lima tempat ke tempat ke-18 dalam kajian Kemudahan Menjalankan Perniagaan oleh Bank Dunia.
Negara ini juga bergerak lima anak tangga dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia ke tempat ke-21 kedudukan paling berdaya saing.
Dalam tempoh yang singkat dengan hanya tiga tahun, kerajaan telah melaksanakan banyak projek dan menawarkan bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan, termasuk pesara, balu-balu anggota beruniform, pemandu teksi, kanak-kanak sekolah dan pelajar universiti.
Dengan pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah kerajaan, semua kanak-kanak Malaysia kini mempunyai akses yang adil dan saksama kepada pendidikan. Tidak dinafikan asas bagi masa depan seperti pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk mengembangkan bakat untuk menggerakkan lagi pembangunan.
Rumah usang diperbaiki, perumahan yang lebih baik dan mampu milik ditawarkan, pengangkutan awam ditambah baik dengan pelan tambahan dalam perancangan, jenayah dikurangkan, undang-undang lapuk sedang diganti, dan terdapat lebih keterbukaan, ketelusan dan ruang yang lebih luas untuk bersuara.
Kenaikan harga makanan global, contohnya, gula, diserap oleh kerajaan supaya golongan berpendapatan rendah tidak terjejas.
Kemudahan perubatan yang dibawa ke rumah-rumah banyak kumpulan berpendapatan rendah dengan klinik 1Malaysia, barangan makanan asas disediakan dengan penjimatan sehingga 41 peratus di Kedai Rakyat 1Malaysia. Barangan asas yang agak murah juga boleh didapati di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.
Inisiatif-inisiatif ini telah membantu meningkatkan kualiti hidup lebih banyak rakyat Malaysia, yang meletakkan senyuman rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, memberi harapan dan mengurangkan beban kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Rancangan dan dasar juga diwujudkan untuk memudahkan perniagaan serta perusahaan kecil dan menjana peluang pekerjaan.
Persekitaran ekonomi dalam negeri, walaupun berdepan dengan persekitaran luar yang mencabar, kekal menarik kepada pelabur asing dan tempatan. Ini jelas dibuktikan dengan pelaburan berjumlah RM148.6 bilion yang dicatatkan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan perlombongan tahun lepas, meningkat 40.7 peratus daripada 2010.
Pelaburan langsung asing, yang menunjukkan tahap keyakinan komuniti pelaburan dan perniagaan dalam dasar-dasar kerajaan dan masa depan ekonomi, meningkat kepada RM32.9 bilion pada tahun lepas, mengatasi paras pra-krisis sebanyak RM29.1 bilion pada 2007.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 adalah 5.1 peratus, pencapaian selaras dengan unjuran kerajaan, dengan permintaan domestik menjadi pemacu utama pertumbuhan
Sehingga November 2011, kira-kira 53 peratus daripada 131 projek permulaan telah dilaksanakan. Daripada jumlah nilai sebanyak RM171 bilion dalam pelaburan yang disahkan, kira-kira RM15 bilion telah direalisasikan menjelang akhir 2011.
Credit Suisse berkata pertumbuhan KDNK Malaysia akan terus mengatasi prestasi ekonomi berorientasikan eksport yang lain dan Business Times Singapura berkata "ekonomi Malaysia dilihat lebih menyerlah di rantau ini".
Pandangan dan keyakinan yang positif ini bukan tidak kena pada tempatnya memandangkan banyak petunjuk ekonomi yang lain juga bergerak ke arah yang betul. Hasil kerajaan meningkat kepada RM185.4 bilion tahun lepas manakala defisit fiskal menurun kepada 5.0 peratus dan trendnya ke arah pengurangan lagi tahun ini.
Jumlah perdagangan pada RM1.27 trilion tahun lepas yang merupakan satu rekod, menguasai 120 peratus daripada KDNK dan merupakan antara peratusan tertinggi di dunia.
Aktiviti di Bursa Malaysia juga menggalakkan dengan permodalan pasaran meningkat kepada RM1,284.54 bilion tahun lepas daripada RM663.82 bilion pada 2008 manakala jumlah perolehan meningkat kepada RM438.17 bilion daripada RM313.09 bilion pada 2008.
Dengan penyenaraian Felda Global Ventures tidak lama lagi, bursa tempatan akan diberi rangsangan dan pelabur mempunyai lebih banyak pilihan pelaburan.
Harga pengguna dijangka kekal terkawal dengan Kenanga Research menyatakan bahawa inflasi negara dijangka berkurangan kepada 2.9 peratus tahun ini daripada anggaran 3.2 peratus pada 2011 walaupun terdapat kenaikan dalam harga makanan dan minyak dunia.
Selain daripada ekonomi Malaysia yang agak dilindungi berikutan subsidi bahan api, firma penyelidikan itu juga menjangka ringgit akan terus meningkat pada 2012 dan membantu mengurangkan inflasi diimport.
Inisiatif kerajaan semuanya disusun untuk memenuhi keperluan rakyat dengan mengambil kira falsafah "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan", terutama yang berkaitan dengan tiga perkara yang diutamakan mereka - keadaan ekonomi, jaminan pekerjaan dan kenaikan harga makanan.
Dan ini tidak mengejutkan kerana perkara ini telah ditangani dengan baik oleh kerajaan menerusi Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat. (BERNAMA)
Harap Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi akan terus membangunkan negara kita dan juga memanfaatkan rakyat.
ReplyDeletesemoga pembangunan yang berlaku akan berterusan dan ekonomi akan terus berkembang.
DeleteApa jua program yang menampakkan impak yang positif perlulah diteruskan.
ReplyDeleteya..program yang memberikan hasil yang positif harus diteruskan...
Deleteharp program tranformasi ini akan terus berkembang dan lebih berjaya.
ReplyDeleteKerajaan harus memastikan program ini betul-betul mencapai kejayaan.
Deletesyabas kepada kerajaan dan teruskan usaha memperbaiki rangking malaysia dalam apa jua perkara..
ReplyDeleteHarap Pelan Transformasi Kerajaan akan terus berkembang dan maju.
ReplyDeleteharap pelan ini akan di teruskan pada masa hadapan, ia membawa kesan yang positif kepada rakyat.
ReplyDeleteSemoga lebih banyak rakyat mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung melalui kempen transformasi tersebut.
ReplyDeleteya..paling penting manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat.
DeleteInflation is a global impact, we can't control much. Hope the government can do better to help the people.
ReplyDeleteIni menunjukkan bahawa kerajaan berada pada landasan yang betul dan bekerja lebih untuk menjadikan ekonomi negara lebih baik, seperti mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menggalakkan.
ReplyDeleteIm sure Malaysia still more rooms of improvement. BN should be more competent to proven that they can run the country well.
Semoga transformasi membawa impak positif terhadap perkembangan ekonomi.
ReplyDeletesemoga semua pihak akan terus berganding bahu untuk memajukan ekonomi negara.
DeleteBaguslah kalau usaha kerajaan yang ada sekarang ini berada dilandasan yang betul.
ReplyDeleteharap perkembangan yang positif ini akan terus berlaku dan usaha juga harus diteruskan lagi.
ReplyDeleteRakyat Malaysia boleh mengharapkan tahun 2012 menerima banyak manfaat daripada program transformasi kerajaan yang akan membuahkan hasil dalam mencapai hasratnya untuk menjai negara maju dalam setiap aspek
ReplyDeleteMay the ETP and GTP become a success for us.
ReplyDelete