Sunday 12 February 2012

RM200 JUTA UNTUK PENYERAGAMAN HARGA

KERAJAAN melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membelanjakan sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan Projek Penyeragaman Harga (PPH) di Sabah mulai tahun lalu hingga tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM67.5 juta dibelanjakan pada tahun lalu dan RM90 juta lagi untuk tahun ini bagi membayar kos pengangkutan barangan keperluan rakyat ke kawasan pulau dan pedalaman di Sabah bagi memastikan harga barangan sama seperti di kawasan pekan atau bandar berhampiran.

"Sebelum ini kawasan yang jauh di pedalaman dan kawasan pulau, penduduknya terpaksa membeli barangan dengan harga jauh lebih tinggi daripada kawasan bandar disebabkan oleh kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pengangkut dan harga kos itu dipindahkan kepada pengguna.

"Jadi dengan program PPH yang diperkenalkan, kerajaan akan menampung kos (pengakutan tersebut). Tujuan kita ialah untuk memastikan di kawasan pedalaman dan pulau-pulau akan mendapat harga yang sama dengan harga di kawasan bandar atau pekan berhampiran," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada Bernama selepas melawat Pusat Jualan (Pos) di Pulau Sebatik, kira-kira 20 minit perjalanan dari tanah besar Tawau dengan menggunakan bot laju.

Katanya pada masa ini di Sabah terdapat 90 Pos dan kerajaan bersedia menambah bilangannya bergantung kepada keperluan serta mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan seperti lokasi kawasan serta keadaan pengangkutan ke kawasan berkenaan.

"Kalau di Sarawak yang terpaksa naik perahu untuk sampai ke pedalaman, itu memang kita wujudkan Pusat Jualan dan Sarawak memerlukan banyak Pos berbanding Sabah sebab kawasan pedalaman di Sarawak lebih banyak dan tidak dapat dihubungi dengan jalan raya.

"Di Sarawak, ada kawasan yang penduduknya terpaksa membayar RM148 untuk satu tong gas yang beratnya RM14kg memasak sebelum adanya penyeragaman harga kerana (tong gas) terpaksa di bawa menggunakan pesawat dan jika melalui darat mengambil masa satu hari satu malam. Dengan adanya program ini, penduduk kawasan berkenaan kini menikmati harga RM26 untuk bahan itu," katanya. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Hopefully this program can help control the prices of goods in the rural areas, there are many who are suffering poverty in the rural areas therefore this can help them significantly.

    ReplyDelete
  2. Make sure that this program can benefit the people in the best possible way without going over the budget.

    ReplyDelete
  3. This program will help to reduce the purchasing cost for the rural folk.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the government will continue to take approach that and protect the consumers' rights especially those from rural areas.

    ReplyDelete
  5. semoga kerajaan dpt seragam harga barangan di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Seragankan harga sangat2 bagus supaya tiada pihak yang sesuka hati menarikkan harga barang.

    ReplyDelete
  7. Para pengguna juga mendapat manfaat terhadap program tu

    ReplyDelete
  8. Bagus kalau kerajaan cuba untuk menyeragamkan harga kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  9. Ini akan dapat membantu penduduk tidak terbeban dengan harga yang terlalu tinggi berlaku.

    ReplyDelete
  10. namun sehingga hari ini, masih banyak peruncit yang enggan menyeragamkan harga barang runcit mereka dengan barang runcit di pekan atau bandar..

    ReplyDelete
  11. selain melaksanakan PPH, kerajaan juga perlu memastikan dan kerap melakukan pemantau terhadap premis2 atau peruncit bagi mengelakkan mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan..

    ReplyDelete