MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Rabu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Ketua Wanita Umno itu yang bertudung putih dan berbaju kurung ungu muda itu tiba berseorangan di perkarangan SPRM kira-kira 4 petang, dan disambut oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
"Kerana prosedur, saya bercuti dengan harapan saya akan dipanggil untuk siasatan. Saya benar-benar mahukan tidak ada sebarang yang disembunyikan mengenai siasatan itu kerana saya menjadi mangsa tuduhan liar itu. Saya menunggu dengan sabar, mereka hanya panggil saya semalam.
"Alhamdulillah, hari ini giliran saya untuk disiasat. Jadi, saya datang. Saya ucapkan terima kasih kepada SPRM kerana memanggil saya dan saya datang dengan rela hati," katanya kepada pemberita selepas hampir dua jam setengah berada di Bangunan SPRM.
Shahrizat yang kembali bertugas Rabu selepas tiga minggu bercuti, berkata sepanjang sesi dengan SPRM, beliau memberikan jawapan yang jelas bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang keputusan, dan tidak ada apa-apa kaitan dengan isu-isu dalam NFC.
"Saya datang ke sini kerana saya berkahwin dengan Pengerusi (eksekutif) NFC dan sebab itu persoalan sama ada, ada konflik kepentingan atau tidak dalam membuat keputusan. Jadi itu merupakan isu yang sangat jelas. Saya telah katakan bahawa saya bukan sebahagiannya," kata Shahrizat.
Isu mengenai NFC, yang diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai pengerusi eksekutif, mulai mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan bahawa NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Ia semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. (BERNAMA)
Harap Sharizat akan menjawab persoalan daripada SRPM dengan jujur dan telus untuk membantu membongkarkan kes ini secepat mungkin.
ReplyDeletesharizat pasti akan memberi sepenuh kerjasama dalam kes ini.
ReplyDeleteSPRM menjalankan tugas dengan telus dan bertanggungjawab.
ReplyDeletesemoga kes ini akan selesai tidak lama lagi.
ReplyDeleteItulah dia seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Walau apa pun khabar angin dan fitnah diberikan selagi kita rasa tidak bersalah selagi itulah kita terus menegakkan kebenaran,.
ReplyDeletemacam mana sekalipun penjelasan dibuat, pihak pembangkang akan tetap mempertikaikan penjelasan itu, malah akan menimbulkan lebih banyak spekulasi berkenaan dengan projek itu..
ReplyDeleteItu sudah pasti. Terpulang kepada budi bicara rakyat untuk menilai sendiri kes ini.
Deletekalau hasil siasatan memihak kepada Shahrizat, entah apa lagi bentuk spekuasli yang akan dimainkan oleh pembangkang kelak.. yang pasti sprm juga tetap akan jadi mangsa mereka..
ReplyDelete