Oleh : AIDILA RAZAK
AHLI parlimen Subang, Sivarasa Rasiah percaya bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia Tan Sri Tajudin Ramli mungkin ‘memegang seseorang yang amat berkuasa dalam kerajaan' kerana tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadapnya dan malah, beliau berjaya memperolehi penyelesaian luar mahkamah.
Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Sivarasa juga mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan yang diambil ke atas Tajudin, meskipun pelbagai laporan polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dibuat terhadapnya oleh pihak pengurusan kanan MASKargo pada 2007.
"Siapakah orang yang begitu pengaruh ini dalam kerajaan Malaysia, kemungkinan besar dalam kabinet? Tajudin mampu mencengkam kukuh sehingga beliau boleh lakukan semua ini?
"Dua orang yang boleh membantu kita menjawab soalan ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang sering dilaporkan media memperkatakan mengenai penyelesaian itu," katanya.
Menurut Sivarasa, Idris juga mungkin mempunyai bayangannya kerana beliau mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS pada tahun 2007.
Katanya lagi, mengikut laporan MASKargo kepada SPRM, Idris juga ada memberi taklimat kepada Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salah laku yang didakwa dilakukan oleh Tajudin pada tahun yang sama.
Mungkin Datuk Idris Jala dan Datuk Nazri Aziz akan memberikan kerjasama untuk menjawab persoalan ini supaya membantu kes ini selesai.
ReplyDeleteAda kemungkinan kes ini diselesaikan di luar mahkamah untuk mempercepatkan penutupan kes ini supaya tidak mambazir masa dua-dua pihak.
ReplyDeletetetapi cara ini diragui. penyelesaian sesuatu masalah biarlah dapat dilakukan dengan telus dan tidak dipertikai oleh mana2 pihak.
Deletekes ini diselesaikan luar mahkamah agar tidak merumitkan lagi kes ini.
ReplyDelete"Dua orang yang boleh membantu kita menjawab soalan ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.."
ReplyDeleteharap2 kedua2 individu ini dapat memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu ini.
banyak macam mana sekalipun laporan polis atau SPRM dibuat, jika siasatan mendapati tidak wujud unsur2 seperti yang dilaporkan, tindakan tetap tidak akan diambil..
ReplyDeleteBecause every allegation needs proof.
Deletekenapa perlu ada pihak yang meragui penyelesaian luar mahkamah ini sedangkan kedua2 pihak yang terlibat iaitu antara Tajuddin dan Danaharta bersetuju dan telahpun mencapai penyelesaian melalui cara ini..
ReplyDeleteApa pun boleh jadi sekiranya ada duit.
Deletepenyelesaian luar mahkamah tidak ada masalah jika persetujuan antara dua pihak dapat diselesaikan.
ReplyDelete