Wednesday, 15 February 2012

SPRM SAHKAN BR1M BUKAN RASUAH

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.

Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. (Bernama)

13 comments:

  1. BR1M ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat, dan itu asalnya duit rakyat juga. Rakyat berhak mendapatkan bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat sendiri mampu membezakan sama ada Bantuan ini adalah Rasuah ataupun tidak.

    ReplyDelete
  3. Finally there a final say on this matter.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the opposition or those whose application has been rejected will not use this issue to vent their frustration

    ReplyDelete
  5. BR1M mmg bukan rasuah, ia adalah bantuan kepada rakyat, tuduhan ini tak ada asas langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak pembangkang yang cuba menghasut pemikiran rakyat. semua yang dibuat oleh kerajaan dilihat tidak betul di mata mereka.

      Delete
  6. Bantuan adalah antara yang terenarai dalam Bajet 2012 yang dibentangkan tahun lalu. memang wajar kerajaan memenuhi janji2 mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  7. Bnatuan untuk rakyat jangan salah faham. Mainan pembangkang selalu kelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Itu sudah semestinya.. BR1M yang diberikan bukannya satu rasuah yang didakwa oleh pihak lain.

    ReplyDelete
  9. Semoga bantuan yang diberikan ini sampai kepada mereka yang berhak.

    ReplyDelete
  10. pelbagai tanggapan diberikan oleh pihak pembangkang sedangkan mereka juga pernah menjanjikan perkara yang sama kepada penduduk di negeri2 yang mereka tadbir..

    ReplyDelete
  11. jika ada pihak yang mengatakan bahawa bantuan itu adalah rasuah, bagaimana pula dengan subsidi yang kerajaan berikan kepada rakyat?? bukankah subsidi itu juga masih diberikan ketika negara ini semakin menghampiri pilihanraya??

    ReplyDelete
  12. Rasuah atau tidak, bukan rugi apa2 jika menerima bantuan itu. Memang duit rakyat juga. Mereka yang timbulkan isu ini pun ketara bermotifkan politik.

    ReplyDelete