Sunday 12 February 2012

SUHAKAM PANDANG BERAT KENYATAAN RODERIC



SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang berat dan bimbang dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez bahawa Ordinan Tanah Sabah (OTS) yang berkuat kuasa pada tahun 1930 tidak membenarkan wujudnya Hak Tanah Adat yang baru di Sabah.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata kenyataan Fernandez bahawa tidak ada peruntukan dalam OTS bagi anak negeri untuk membuat penempatan selepas 1930 dan menuntut Hak Tanah Adat adalah jelas bercanggah dengan kedudukan Hak Tanah Adat, yang merupakan hak asas Orang Asli dan Asal seperti mana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Suruhanjaya juga rasa terkejut dengan komen Peguam Negeri Sabah kerana kedudukan yang dinyatakan ini adalah sama sekali baru dan bercanggah dengan semua dasar-dasar sedia ada dan interpretasi OTS, khususnya undang-undang adat dan perspektif bumiputera.

"Pendirian itu amat membimbangkan kerana ia mungkin akan terus menambahkan kesulitan yang sedang dihadapi oleh anak negeri Sabah berhubung pemilikan tanah di bawah dasar dan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa agar dapat memastikan sebarang keputusan polisi oleh kerajaan negeri, terutamanya tentang hal-hal tanah mestilah berdasarkan konsultasi yang berkesan dan bermakna serta mendapat persetujuan daripada masayarakat dan pihak lain yang berminat.

Beliau mengulas kenyataan Fernandez bahawa tiada tanah baru berstatus NCR yang akan diwujudkan memandangkan hanya tanah yang 'masih' diduduki oleh pribumi sebelum tarikh penguatkuasaan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang mendapat pengiktirafan status itu.

Hasmy berkata suruhanjaya itu juga menggesa agar penangguhan kepada sebarang polisi baru berkaitan hal-hal tanah dibuat sehingga selesai Inkuiri Nasional mengenai tanah Orang Asal dan Asli.

Inkuiri itu, yang diketuai oleh Hasmy, dimulakan di Sabah pada Jun tahun lepas diikuti Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor.

Ia melibatkan beberapa penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaya bertujuan mendapatkan fakta selain melihat dari segi undang-undang, amalan dan prosedur yang melibatkan tanah Orang Asal dan Asli.

Laporan inkuiri itu, yang akan mengesyorkan penyelesaian bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, dijangka dapat disiapkan pada Julai dan akan diserah kepada Parlimen, Dewan Undangan Negeri, kerajaan Persekutuan dan negeri. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Hope that the Native Land rights will be protected by the Sabah State Government. We must not neglect their needs and rights.

    ReplyDelete
  2. We should wait until the National Inquiry has completed before implementing any new policies regarding land right issues.

    ReplyDelete
  3. Hopefully the inquiries that is undertaken by the respective university will answer all the questions regarding this matter.

    ReplyDelete
  4. The rights of the natives pertaining this matter should be protected and defended from any form of violation.

    ReplyDelete
  5. apa yang dikatakan Datuk Roderic Fernandez mengenai Ordinan Tanah Sabah (OTS harus diberi perhatian. ia menaikkan kemarahan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  6. tanah2 yang menjadi hak penduduk harus dipertahankan.

    ReplyDelete
  7. Di mana silapnya. SUHAKAM juga terkejut mengenai kenyataan peguam negeri Sabah.

    ReplyDelete
  8. Tindakan peguam negeri Sabah tu benar2 boleh mengugatkan perasaan mereka yang menghadapi masalah NCR.

    ReplyDelete
  9. Pandangan yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah itu rasanya adalah padangan peribadi beliau semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. Tambahan lagi kenyataan yang dibuatnya itu mendapat bantahan dari pemimpin kerajaan di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Memang ramai terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Peguam tersebut. Ini akan menjejaskan dan mempengaruhi perasaan mereka yang memperjuangkan NCR selama ini. Apa pun kerajaan akan menjelaskan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. bukan suhakam saja, pemimpin2 BN Sabah juga tidak bersetuju dengan pandangan Roderick.. bagaimana Roderick boleh mengatakan tidak wujud tanah NCR di negeri ini sedangkan sudah banyak kali penduduk kampung memenangi kes tuntutan tanah NCR di mahkamah??

    ReplyDelete
  12. Roderick bukan orang tempatan di negeri ini, oleh itu jika beliau tidak tahu berkenaan dengan tanah NCR, baik beliau senyap tanpa memberikan sebarang ulasan yang boleh mengundang padah kepada diri beliau.. ada baiknya beliau memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat di negeri ini kerana kenyataan beliau itu sengaja menafikan hak rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete