Friday, 10 February 2012

YB UMNO 'ROMPAK' BAUCER BR1M?

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SEKURANG-KURANGNYA tiga wakil rakyat UMNO di Parlimen Silam dikenalpasti telah 'merompak' Baucer BR1M daripada Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Haji Nasir sebelum mengagehkan sendiri baucer berkenaan kepada penyokong masing-masing.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net setelah membuat laporan di Balai Polis Kunak setelah menerima aduan rasmi daripada penerima BR1M yang terpaksa mengejar ketiga-tiga Wakil Rakyat UMNO iaitu Haji Salleh Kalbi (Parlimen Silam), Datuk Suhaili Said (ADUN Tungku) dan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur untuk mendapatkan baucer mereka.

"Para penerima BR1M ini senyum dalam tangisan kerana menjadi mangsa politik Wakil Rakyat UMNO yang mahu mencari publisiti murahan sehingga tidak pernah memikirkan kesusahan rakyat ke sana ke mari kerana ketiga Wakil Rakyat UMNO hanya boleh ditemui pada Sabtu dan Ahad," kata Citra sambil membidas tindakan mereka menyebabkan para penerima terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tegas Citra, para penerima memaklumkan bahawa mereka boleh menuntut BR1M di Pejabat Daerah Lahad Datu, namun apabila mereka yang tinggal di Tambisan, Tungku, Ulu Segama turun ke Lahad Datu, mereka diberitahu baucer mereka telah diambil Wakil Rakyat, tetapi tidak dapat mengenal pasti wakil rakyat mana.

"Kasihan dan malang sungguh nasib mereka yang terpaksa membuang tambang antara RM50 hingga RM100 kerana pulang dengan tangan kosong apabila YB yang menyimpan baucer mereka tidak berada di kawasan dan disuruh kembali pada hujung minggu," kata Citra yang mendesak agar Pegawai Daerah Lahad Datu tidak lagi menyerahkan baucer berkenaan kepada Wakil Rakyat UMNO kerana menurut undang-undang mereka tidak berhak dan sekaligus melakukan pecah amanah.

Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis bernombor LDD/RPT/1344/2012 yang isi kandungannya seperti berikut;

"Pada jam lebih kurang 10.30 pagi saya menerima beberapa aduan daripada ahli PKR dan penerima tersenarai di Lahad Datu bahawa baucer BR1M mereka telah diserahkan Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir kepada tiga wakil rakyat di Lahad Datu iaitu Haji Salleh Kalbi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Datuk Mohd Suhaili Said sehingga mereka terkejar ke sana ke mari untuk mendapatkan baucer berkenaan. Kejadian ini tidak wajar kerana hanya Pegawai Daerah sahaja yang berhak mengawal selia baucer berkenaan dan tidak disalahgunakan oleh wakil rakyat untuk kepentingan politik. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menjalankan siasatan dan menangkap Pegawai Daerah Lahad Datu yang telah melakukan pecah amanah kerana menyerahkan baucer tunai BR1M kepada wakil rakyat BN yang tidak mempunyai locus standi untuk memegang, menyimpan atau mengagehkan baucer berkenaan. Wakil rakyat BN telah menyalahguna kuasa dengan menjadikan baucer ini sebagai modal politik dengan memaksa agar penerima baucer BR1M menyokong BN, jika tidak penyerahan baucer akan dilengahkan. Memandangkan BR1M adalah hak rakyat miskin yang layak, maka tindakan wakil rakyat BN menjadikannya sebagai modal kempen dan politik adalah amat tercela dan tidak telus serta menjadi amalan rasuah dan menyusahkan rakyat. SPRM tidak harus menutup mata dengan ketidak adilan dan gejala rasuah politik wang dan mempolitikkan BR1M yang semakin berleluasa. Saya percaya perkara ini juga berlaku di seluruh Sabah, termasuk Kunak, Tawau dan Sandakan."

12 comments:

  1. In this case, the 3 musketeers should be investigated. Giving out the vouchers to supporters which is not qualified is an act that is frowned upon.

    ReplyDelete
  2. Only those who really need the aids should be allowed to receive it, hope that the distribution of the BR1M vouchers are fair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LHDN kena pastikan segala maklumat yang diberi adalah tepat supaya hanya mereka yang layak akan mendapat.

      Delete
  3. tuduhan tersebut harus ada bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. perlu ada bukti tu. bukan tuduhan kosong sahaja.

      Delete
  4. Perkara tu sangat serius. BR1M adalah untuk rakyat sekiranya benar2 berlaku harus dilaporkan pada polis. biar polis saja yang menyiasat.

    ReplyDelete
  5. yang penting bantuan tersebut sampai pada rakyat.

    ReplyDelete
  6. tiga orang wakil rakyat tu kena beri penjelasan. berani kerana benar.

    ReplyDelete
  7. Sebaiknya biar pihak yang dipertanggungjawabkan memberikan BR1M tersebut.

    ReplyDelete
  8. Tambisan, Tungku dan Ulu Segama sangat jaug dari pusat bandar Lahad Datu.. ada kemungkinan juga wakil rakyat itu cuba meringankan beban para penerima di kawasan itu dengan membawa sendiri baucer tersebut kepada penerima..

    ReplyDelete
  9. sebelum buat laporan polis, cuba la citra selidik dahulu kenapa wakil rakyat itu membawa baucer itu.. mungkin ada penjelasan lain yang boleh membuatkan siasatan pihak polis itu menjadi sia2.. bila polis tidak ambil apa2 tindakan, nanti dia hina pula semua polis di negeri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga mahu cakap. Kadang-kadang bila terlebih prejudis, mudah untuk membuat kesimpulan sebelum mengetahui hal sebenar.

      Delete