Saudara Pengarang,
SAYA amat kesal dengan sikap kerja sambil lewa oleh kakitangan LHDN kerana mereka sepatutnya lebih cekap mengendalikan tugas yang diamanahkan kepada mereka dan tidak menyusahkan rakyat yang sedia susah.
Sebagai salah seorang penerima BR1M, saya amat kesal kerana sistem pemprosesan senarai nama penerima BR1M agak kelam kabut, tidak kemaskini, bercelaru dan tidak mungkin berlaku di negara yang mengamalkan IT atau ICT.
Saya seorang penduduk di Kampung Baun dalam daerah mengundi N24 KAWANG (P175) PAPAR, tetapi saya mendapat surat dari LHDN (Kementerian Kewangan Malaysia) menyatakan bahawa permohonan BR1M saya telah di luluskan.
Surat tersebut saya terima pada 9 Februari 2012, tetapi apabila saya membaca isi kandungan surat itu, saya terkejut kerana menyatakan saya disenaraikan dalam kawasan P172 - N14 iaitu di LIKAS, sedangkan alamat surat menyurat dan juga alamat tempat tinggal saya ada dinyatakan dalam borang permohonan itu di Kawang.
Agak mustahil jika dikatakan Kerani di LHDN itu buta huruf kerana mereka sepatutnya harus teliti menyemak data pemohon. Saya amat kesal kerana perkara ini berlaku terhadap saya.
Jika LHDN cuai memproses Borang BR1M, bagaimana jikalau mereka menyemak status pembayar cukai dan tersilap klik papan kekunci (Key Board) dan mengirim ke alamat yang salah atau tersalah alamat?
Bukankah ini akan menyulitkan orang/individu tertentu? Yang susah orang ialah yang diajukan, bukannya kerani atau pegawai itu sendiri, seperti yang terjadi kepada saya.
Persoalannya, saya tinggal di Papar tetapi kenapa disenaraikan nama saya di Likas? Bukankah ini menyusahkan saya hendak pergi ke sana? Yang hairannya, kenapa hantar sahaja ke Pejabat Daerah Papar kerana saya tinggal di daerah Papar dan bukannya Likas.
Dalam keadaan sekarang, LHDN menjadikan BR1M yang diberikan Kerajaan kepada saya sebagai ‘BROOM’ kerana saya bukan saya terpaksa ke Likas, malah terasa ‘sial’ kerana bagaikan sampah di sapu ke sana ke mari semata-mata untuk mendapatkan hak saya.
"LHDN TIDAK BERSIH, TIDAK CEKAP, TIDAK AMANAH".
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar:
HAU WAH CHONG
Kampung Baun,Papar.
The LHDN should make sure that the approval and distribution of the BR1M vouchers are fair to those who are qualified for it.
ReplyDeleteThe BR1M vouchers are specifically issued to help those who needs the extra cash. Those who are already living a comfortable life shouldn't apply or try to take advantages of the BR1M.
ReplyDeleteWell this is the first of its kind, of course there will be some errors here and there.
ReplyDeleteHopefully after all errors has been taken into account, further improvements can be done to rectify the situation.
ReplyDeleteTO HAU WAH CHONG:
ReplyDeleteBE A MAN.QUIT COMPLAINING FOR A MINOR ERROR WHICH CAN BE RECTIFY AT THE LHDN COUNTER. BE GRATEFUL LA...
LHDN harus lebih cekap dalam kerja mereka dan pemberian bantuan seharusnya dipermudahkan.
ReplyDeletememang banyak permohonan tetapi LHDN kenalah urus dengan sistematik dan teliti. jangan sampai ada yang tersilap.
ReplyDeleteperkara2 sebegini boleh jadi poin untuk pembangkang mendapatkan isu. harap2 pengurusan LHDN dapat diperbaiki dengan segera.
ReplyDeleteKelemahan dalam pengurusan perlu diperbetulkan.
ReplyDeleteinilah contoh penerima bantuan yang tidak tahu bersyukur.. bantuan sudah dihulurkan, bila ada kesilapan habis badan pelaksana dikutuknya..
ReplyDeleterasanya pengadu ni tidak pernah buat silap ka? terutamanya yang berkaitan dengan 'typing'?? cuba pengadu ini diberikan peluang mengurus bantuan untuk berjuta2 rakyat.. adakah beliau tidak akan melakukan kesilapan??
ReplyDeleteMungkin ada kesilapan. Janganlah terus2 nak mengkritik. LHDN pun kena ambil perhatian aduan seperti ini supaya proses pemberian voucher BR1M berjalan dengan lancar.
ReplyDelete