Saudara Pengarang,
YAYASAN Sabah (YS) yang dahulunya menjadi kebanggaan rakyat Sabah kini umpama 'janda yang kematian suami, tidak terurus sedangkan anak ramai'. Rakyat Sabah semakin sedar kerana bilangan mereka yang bekerja sebagai eksekutif dengan YS boleh dikira dengan jari. Isu pekerja bergaji hari di YS begitu memalukan kerana mereka masih menerima RM15 sehari, lebih rendah daripada gaji PATI. Kenapa YS sudah lari daripada tujuan asal ditubuhkan? Kenapa Pengerusi YS masih berdiam diri? Apakah kerana Sabah negeri termiskin di Malaysia?
Salam Hormat,
BOND POLO
No comments:
Post a Comment