KOTA KINABALU : Kira-kira
18,000 penjawat awam negeri Sabah akan menerima bonus satu setengah bulan gaji,
sama seperti yang dinikmati oleh penjawat awam Persekutuan.
Ketika mengumumkan perkara
itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pembayaran bonus itu akan
dilaksanakan dengan dua kali ansuran iaitu pada bulan Disember dan Januari
tahun depan. Setengah bulan lagi telah dibayar pada bulan Ogos lepas, katanya.
"Inilah kelebihan dan
keistimewaan kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang prihatin, jujur dan
ikhlas dalam perjuangan, telus dan realistik dalam pentadbiran.
"Kebolehpercayaan
inilah yang menjadikan Barisan Nasional sebuah parti dan kerajaan yang menjadi
pilihan dan harapan rakyat pada keseluruhannya," katanya ketika
membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah di
Likas dekat sini pada Jumaat. (Bernama)
No comments:
Post a Comment