Oleh : CHRIS MASKILONE
KOTA KINABALU: Pemegang Kad Pengenalan
(KP) palsu kini menyusup masuk ke dalam Daftar Pemilih, kata Ahli Parlimen Tuaran,
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing.
Beliau berkata ini terbongkar
baru-baru ini apabila seorang Ielaki yang ditahan kerana memiliki KP Palsu didapati
merupakan seorang pengundi di lnanam seperti tercatat dalam Daftar Pemilih.
Perkara ini berlaku meskipun
pengumuman berulang kali oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mereka yang
memililki KP Palsu tidak mungkin didaftar sebagai pengundi, katanya dalam ceramahnya
di sebuah forum yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Sabah di Hotel Airport View,
di sini pada Sabtu.
Bumburing yang juga Ketua
Angkatan Perubahan Sabah (APS) mendakwa Pegawai PoIis dari Sabah yang bekerja di Semenanjung
memberitahu beliau bahawa dua orang pemegang KP Palsu dengan alamat Sabah telah
ditangkap di sana.
"Persoalannya ialah
bagaimanakah KP Palsu boleh melepasi pemeriksaan imigresen? Ini hanya boleh
dilakukan jika terdapat kerjasama tertentu," dakwanya menambah beliau
terpaksa memilih kata-kata dengan cermat.
Bumburing berkata janji
utama yang diberikan kepada rakyat Sabah setelah pembentukan Malaysia adalah
kerajaan mesti melindungi rakyatnya.
Bagaimanapun, ini bukan
hakikatnya kerana bilangan pendatang tanpa izin yang semakin meningkat, yang
kemudiannya diberikan kerakyatan negara ini sebenarnya mengancam keselamatan
rakyat biasa.
Beliau juga berkata
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa izin sahaja mungkin
tidak cukup kerana berdasarkan pengalaman lalu, nampaknya kerajaan boleh memilih
sama ada mereka mahu mengambil tindakan susulan penemuan siasatan RCI itu.
Sehubungan itu, Bumburing
berkata Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah peluang terbaik dan terakhir bagi
pembangkang mengubah kerajaan.
Sementara itu, Setiausaha DAP
Sabah, Dr Edwin Bosi berkata nasib kaum Kadazandusun umpama Badak Sumbu Sumatra
yang terancam.
Beliau berkata pada 1931
terdapat 90,257 Kadazandusun atau kira-kira 42 peratus daripada penduduk
berjumlah 214,729. Pada 1963 masyarakat ini merupakan 43 peratus daripada
penduduk tetapi pada 2010, Kadazandusun hanya 17.8 peratus daripada penduduk
Sabah berjumlah 3.12 juta.
Dalam ceramahnya bertajuk
‘Impak Pendatang Tanpa Izin Terhadap Kadazandusun Sabah'; beliau berkata Kadazandusun
telah kehilangan kelebihan politiknya dari segi bilangan.
"Peluang itu kini sudah
hilang apabila beribu-ribu pendatang tanpa izin disahkan dan ramai antaranya kini berdaftar untuk mengundi.
Kadazandusun sekarang hanya sesuai untuk duduk di kerusi pembangkang,"
katanya.
"Mereka bukan lagi kumpulan
etnik terbesar di Sabah dan mereka tidak mempunyai banyak kerusi Dewan Undangan
Negeri atau Parlimen yang boleh mereka kuasai. Dewan Undangan negeri yang
diperluaskan daripada 48 kepada 60 telah diolah untuk memperolehi majoriti
Islam di dalam Dewan undangan Negeri.
"Masyarakat
Kadazandusun mempunyai kira-kira 18 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi
parlimen. Walaupun Kadazandusun berpakat dengan masyarakat Cina, mereka hanya
cukup baik untuk menjadi pembangkang kepada UMNO di Sabah," katanya.
Satu-satunya harapan
masyarakat Kadazandusun adalah kebangkitan pribumi-Islam iaitu Bajau dan
Irranun yang hak dan keistimewaan mereka juga terjejas oleh apa yang dikenali
sebagai bumiputera baru di Sabah.
Berdasarkan itu,
satu-satunya harapan Kadazandusun adalah
bersatu dan menyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin Kadazandusun mesti berani
berjuang bagi hak masyarakat dalam rangka kerajaan Pakatan Rakyat.
"Apabila bercakap
mengenai Kadazandusun, Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal menjadi penentu bagi
masyarakat ini," katanya.
Ketua Biro Pembaharuan
Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Chong Eng Leong mendakwa
bahawa berdasarkan penyelidikannya terdapat hampir sejuta pemilih berdaftar
dalam Daftar Pemilih Sabah, kira-kira 200,000 mempunyai dokumen pengenalan yang
meragukan.
Dr Chong juga mengkritik
terma rujukan RCI, yang katanya tidak menyebut apa-apa tentang tindakan yang
akan diambil terhadap pesalah terlibat dalam pengeluaran KP kepada pendatang
asing tanpa izin.
Dalam hal ini, beliau
mengesyorkan beberapa tindakan untuk RCI iaitu:
l. Panggil bukan sahaja
agensi kerajaan seperti jabatan Pendaftaran Negara, Polis, Jabatan Imigresen tetapi
juga bekas tahanan ISA yang terlibat dalam komplot KP ini (seperti Hassnar Ibrahim,
Jabar Khan, Yakup Damsah), Suhakam, NGO yang mengetahuinya serta individu seperti
penulis buku Mutalib M.D. Panggil Ketua dan Bekas Ketua KWSP dan Perkeso yang
tahu mengenai pcncarum hantu untuk memberi keterangan dan terima sesiapa yang
tampil secara sukarela untuk memberi keterangan;
2. Bukan sahaja menyiasat
tetapi (i) menyelidik mereka yang bertanggungjawab dan berkuasa mengesyorkan
tindakan yang wajar diambil terhadap mereka, dan (ii) mengesyorkan semakan kerakyatan
warga Projek Mahathir ini serta tindakan susulan: -
O Usir semua warga asing tidak
berdokumen.
O Siasat bilangan pendatang
asing yang diberikan status Pemastautin Tetap di Sabah dan syor sewajarya
termasuk menggunakan Laporan IGC terhadap Imigresen dan tindakan susulan:
O Menyarankan untuk
menghentikan pengeluaran IMM13 atau status pelarian kepada warga Filipina, menyemak
status mereka dan bertindak sewajarya;
O Pekerja asing dengan
permit mesti tidak disertai tanggungannya.
O Rasuah dalam agensi
berkenaan ditangani dengan serius- menanam patriotisme dalam hati rakyat kita
khasnya kakitangan agensi tersebut.
O Bagi warga asing yang
tidak boleh diusir, pertimbangkan untuk mengageh mereka sama rata ke seluruh
Malaysia atau negara dunia ketiga.
O Siasat bilangan
pendatang asing yang berdaftar dalam
Daftar Pemilih dengan tujuan memadamkan nama mereka sebelum pilihanraya
berikutnya. (DE)
No comments:
Post a Comment