PERDANA Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada
ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.
"Jika tidak ditangani
dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu," kata
Bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa
jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan
politik dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad',"
kata Phang berkata dengan sinis.
"Ini akan memudarkan
usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke
arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.
"Ia akan menetapkan
duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."
Semasa Persidangan Persatuan
Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik
dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak
dilakukan secara telus.
Semalam, Bekas Ahli Majlis
Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak
pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang.
No comments:
Post a Comment