Oleh : GALUS AHTOI
PERBICARAAN tiga kes melibatkan
Tanah Adat (NCR) akan didengar di Mahkamah Tinggi Tawau pada 8 Oktober 2012 ini
bagi mendapatkan keadilan untuk Anak Negeri Sabah yang terpaksa bertarung di
mahkamah setelah dizalimi kerajaan Barisan Nasional.
Kes Tanah Adat (NCR) tidak
ada warna Politik, Agama atau Bangsa. Ia
melibatkan Anak Negeri dan Tanah Adat (NCR)! Tiga kes ini adalah berkaitan
dengan FELDA dan pemberian geran kepada orang lain; walaupun tanah tersebut
sudah dikenalpasti ada hak atas Tanah Adat (NCR) oleh pihak Jabatan Tanah dan
Ukur sendiri.
Peguam penyelamat Tanah Adat
(NCR), Datuk Kong Hong Ming akan mewakili ketiga-tiga kes ini.
Penuntut tanah yang terlibat
mempelawa agar Anak Negeri di Tawau dan sekitarnya dapat datang memberi
sokongan sambil belajar dan memahami kes Tanah Adat (NCR) pada 8 Oktober 2012
di Mahkamah Tinggi Tawau.
Semoga pintu Bangunan
Mahkamah Tinggi Tawau tidak lagi 'DITUTUP" untuk menghalang Orang Asal yang
terlibat dalam kes ini masuk mengikuti perbicaraan ini sepertimana yang berlaku
semasa kes Kg. Serudung Laut tempoh hari.
Sebelum ini warga Kg. Lakang, Paitan, Beluran telah berjaya mendapatkan hak tanah mereka semula melalui Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming. Tabik kepada peguam ini kerana sekali lagi membantu penduduk yang tertindas.
ReplyDeleteKalau ada ramai peguam seperti Datuk Kong HM kan bagus..
ReplyDeleteSemoga kes kali ini juga akan berjaya. selamat bnerjuang kepada penduduk dan peguam Kong Hong Ming.
ReplyDeleteKita tunggu saja mengenai keputusan mahkamah terhadap kes NCR ini. Keputusan mahkamah adalah muktamad.
ReplyDeleteBetul, biarlah mahkamah yang menentukannya.
DeleteMahkamah tidak akan menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan selalunya berdasarkan daripada bukti dan juga kenyataan saksi. Jadi kita lihat siapa yang akan menang.
ReplyDeleteIsu NCR ini semakin hangat diperkatakan di Negeri Sabah ini. Terutama sekali dari pihak pembangkang. Maka berhati-hati dengan permainan yang direka-reka oleh pembangkang untuk mencari sokongan.
ReplyDeleteThe land issue will still be the hottest issue in Sabah.
ReplyDeleteLand issues are become one of the most bringing issue in the court now.
ReplyDeleteBetween Osman and several others, which is the standing on the right indication about LAND ORDINANCE?
ReplyDeleteThis issue will prolong if there is no one who come up and said the truth.
ReplyDeleteBeware of the scam.
ReplyDeleteSatu unit khas, yang pertama dditubuhkan di Sabah ini untuk menyelesaikan masalah tanah adat di Sabah
ReplyDeleteUnit khas yang igelar 'Unit PANTAS NCR' dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November.
DeleteDi Sabah, tidak ramai yang tahu prosedur permohonan tanah, jadi melalui unit Khas rakyat Sabah boleh dibantu dalam isu tanah adat
DeleteJabatan Tanah berharap untuk tampil dengan strategi tentang cara terbaik untuk menangani masalah tanah adat yang menjejaskan penduduk tempatan, khususnya bumiputera di Sabah
DeleteDiharap dengan adanya unit khas tu dapat memberi manfaat kepada penyelesaian Tanah Adat di Sabah
DeleteRakyat sendiri juga harus faham prosedur permohonan tanah agar tidak terkena perangkap.
DeleteIsu rampas tanah ini amat merisaukan. Banyak tukar milik tanpa dikesan.
ReplyDelete