TUTUP.....Gambar
Tan dan Lee dari blog seks yang kini ditutup.
KUALA LUMPUR : Sebelum ini,
berita mengenai blog seks Sumptuous Erotica hanya memberi tumpuan kepada Alvin
Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang
mendapat biasiswa Asean untuk belajar di Universiti Nanyang Singapura (NUS),
kini kekasihnya Vivian Lee muncul untuk mempertahankan tindakan memasukkan
gambar dan video lucah ke blog tersebut.
Posting tersebut telah pun
dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting
sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi
gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman Gutter
Uncencored.
Lee berasal dari Johor,
merupakan graduan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
"Saya tidak melihat
menjadi satu kesalahan memasukkan gambar dan video aksi seks kami ke internet.
Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia tentang kehebatan cinta kami. Saya
tidak faham mengapa orang mahu memperbesarkan perkara ini. Ini urusan peribadi
kami,” kata beliau dipetik dari The Star Online.
Dalam blog seks mereka, Lee
dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan
tersebut di pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada
potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
“Pada kami, gambar di blog
adalah kerja seni. Kami adalah orang yang berfikiran terbuka dan mahu kongsikan
ini kepada dunia. Kami mahu mereka melihat betapa cantiknya ia,” katanya.
Tiga video dikongsi di blog
Sumptuous Erotica termasuk apa yang diterangkan sebagai “video lucah pertama”
mereka.
Menurut pasangan tersebut,
video enam minit itu telah “dirakam dan disunting dalam masa sejam dan ditulis
berdasarkan tema menarik.”
Lee tidak faham mengapa
apabila orang-orang Barat melakukan perkara sebegini, ia tidak dilihat sebagai
satu kesalahan.
“Orang Asia tidak seharusnya
berfikiran konservatif dan perlu terbuka tentang kehidupan seks mereka,”
katanya lagi.
Video pertama menggambarkan
pasangan dalam situasi fantasi rogol, di mana Lee 'diserang' di atas katilnya
oleh penceroboh.
Satu lagi video yang diambil
dari perspektif Tan, menunjukkan Lee melakukan seks oral ke atas pasangannya.
Video ketiga adalah pandangan
orang ketiga selama lapan minit melihat pasangan tersebut melakukan 'Seks Panas
di Kuala Lumpur.'
“Sumptuous Erotica” juga
menyiarkan beberapa soalan daripada pembaca mereka yang kebanyakkannya bertanya
kepada Lee.
Apabila pembaca bertanya apa
sebab mereka menerbitkan blog, pasangan itu menjawab, “Kerana kami percaya
bahawa tiada apa-apa yang pada asasnya salah dengan seks.”
Lee dan Tan mendakwa mereka
telah dirapati oleh syarikat-syarikat di Singapura untuk menyokong alat
permainan seks dan pakaian dalam selepas episod tersebut.
“Ia dilakukan untuk tujuan
komersil. Ia adalah untuk hiburan dan cinta. Apabila kami mulakan blog tersebut
pada September, kami mempunyai jumlah pengikut yang kecil, kebanyakkannya
orang-orang Barat.
“Akan tetapi selepas tiga
minggu selepas lebih banyak video dan gambar dimasukkan, lebih ramai pengguna
internet Singapura dan Malaysia mula tahu.
“Kurang dua hari blog
tersebut jadi lebih dikenali selepas media Singapura mendedahkannya,” katanya
lagi dipetik dari The Star Online.
Bagaimanapun, jurucakap NUS
telah mengesahkan semalam bahawa Tan akan disiasat oleh Lembaga Disiplin
universiti (BOD). Lee turut dimarahi oleh keluarganya sehingga menyebabkan blog
tersebut terpaksa ditutup.
No comments:
Post a Comment