Saudara Pengarang,
SAYA berpendapat, jika ada
bukti yang kukuh, senarai nama pemilik dan salinan MyKad projek yang disahkan
daripada Jabatan Pendaftaran Negara; kita boleh mendapatkan Injunksi Mahkamah
dan Kaveat penggunaan MyKad mereka agar dapat diedar kesemua agensi kerajaan
dan bank-bank supaya mereka tidak boleh gunakan MyKad yang diperolehi secara
haram.
Jika Citos dan CCRIS,
sebagai agensi bukan kerajaan boleh digunapakai untuk tujuan perbankan, kenapa
tidak ada pemimpin Sabah yang benar-benar ingin berjuang menyediakan institusi
khusus; setaraf dengan CITOS atau CCRIS menyenarai hitam MyKad PATI agar tidak
diterima bank dan institusi kewangan.
Setelah MyKad mereka
disenarai hitam, maka mereka akan mengalami pelbagai kesulitan dan akan
bekerjasama dengan kerajaan untuk mengemaskinikan rekod mereka; sama ada
diproses atau dibatalkan.
Mungkin tidak keterlaluan
jika disyaratkan dalam Injunksi Mahkamah bahawa mereka yang tidak tampil
memperbaharui MyKad Projek mereka dalam tempoh tiga bulan, secara automatik
MyKad mereka akan terbatal.
Sekian, terima kasih
Salam Hormat,
BORNEOBLOODFREEDOM
No comments:
Post a Comment