Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Isu pengundi
di Sabah yang dibangkitkan dalam kaji selidik Merdeka Centre adalah isu
pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.
Bekas Perdana Menteri yang
pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun berkata, disebabkan pilihan raya
umum ke-13 yang semakin hampir, pembangkang juga akan menggunakan semua perkara
untuk dijadikan isu.
"Isu-isu yang
dibangkitkan itu isu pembangkang. Pilihan raya (umum) dah dekat ... jadi semua
benda mereka akan jadikan isu," katanya kepada pemberita.
Dalam laporan kaji selidik
yang dijalankan Merdeka Center sebelum ini mendapati jumlah pengundi yang
merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009.
Merdeka Center juga turut
menjangkakan, peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah itu boleh
dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada
pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.
Menurut Merdeka Center,
hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang
berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus
dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.
53 peratus dari pengundi
berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi
di negeri kubu kuat BN, mengesahkan keputusan perdana menteri untuk mengadakan
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat perkara ini.
"Antara lima sebab
penurunan sokongan kerana kekurangan pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta
kos hidup yang meningkat," kata Merdeka Center.
"Tinjauan juga
menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan politik serta
masalah pendatang tanpa izin."
Dalam bancian 2010 dalam
negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040
penduduk di Sabah pada 2010 - melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk
negara iaitu sebanyak 164 peratus.
Dari 3.12 juta penduduk
Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing.
Menurut tinjauan, 87 peratus
bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.
Tetapi Merdeka Center turut
mengatakan cuma 54 peratus sahaja yang yakin dengan suruhanjaya itu dapat
menyelesaikan masalah tersebut.
Sementara itu, mengulas
mengenai kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengatakan
beliau sudah nyanyuk, Dr Mahathir dilihat enggan mengulas lanjut, sebaliknya
hanya menyerahkan perkara itu kepada Tony Pua.
"Biarlah dia nak kata
apa pun, terpulang kepada dia (Tony)," katanya menjawab soalan
pemberita.(TMI)
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata kecenderungan pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional di Sabah tidak melakukan apa2 adalah mencerminkan gaya tidak matang politik mereka.
ReplyDeleteKerajaan BN telah menjelaskan bahawa kerajaan menjalankan banyak usaha untuk merangsang pembangunan di Sabah, tetapi pembangkang terus menafikannya.
ReplyDeletePembangkang lebih rela berjanji untuk memberi rakyat bulan dan bintang walaupun ia hanya gimik politik dan janji-janji kosong saja.
ReplyDeleteNajib urges Sabah UMNO and BN members to stay loyal to the party's struggles under Musa's leadership and not too obsessed with positions
ReplyDeleteIn Selangor, the government promised to give allowance to single mothers and senior citizens, free water among others but were not fulfilled
ReplyDelete