Monday, 8 October 2012

JANGAN TERPENGARUH KAJIAN MERDEKA CENTRE





KOTA KINABALU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihati rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre, yang mengaitkan kemerosotan tahap kepuasan pengundi Sabah dengan pimpinan kerajaan negeri.

"Apa yang penting ialah kita sama-sama bekerja keras (untuk membangunkan negeri ini) dan bukan hanya berlandaskan kepada penilaian terhadap kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas di Dewan Sekolah Menengah Teknik Likas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap pemimpin kerajaan negeri mengalami penurunan.

Anggota Parlimen Semporna itu yakin kerajaan sedia ada mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan mengajak rakyat Sabah menumpukan kepada agenda pembangunan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata kementeriannya komited untuk menyediakan pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak, sama ada di bandar atau desa, sebagai asas kepada pembangunan insan yang mampu melahirkan generasi pelapis berminda kelas pertama. (Bernama)

12 comments:

  1. Ya, seharusnya jgn mudah percaya. I have read this:
    Pengarah Eksekutif Institut Asas Kajian Kemasyarakatan (INSKA), Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa hasil kajian Merdeka Center terhadap prestasi Najib sebagai tidak tepat.

    ReplyDelete
  2. kajian tersebut adalah bermotifkan politik dan berat sebelah..

    ReplyDelete
  3. realitinya rakyat sabah masih menyokong kerajaan sedia ada...

    ReplyDelete
  4. Sudah ramai suara2 yang mempertikaikan Merdeka Center sebelum ni. Seringkali Merdeka Center tampil sebagai berkredibiliti, namun mungkin mereka terlupa bahawa “pemain-pemain” utama di belakang badan tersebut telah lama diperhatikan akan pendirian mereka dari aspek politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kajian meredeka center cuma gimik pembangkang

      Delete
  5. Laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti KM semakin menurun tidak boleh dipercayai kerana ia lebih kepada agenda politik.

    ReplyDelete
  6. semuanya kajian itu tidak tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajian merdeka center adalah kajian berat sebelah

      Delete
  7. pihak lain boleh saja memutarbelitkan keadaan

    ReplyDelete
  8. Merdeka Center tidak memberikan kajian yang tepat sebenarnya dalam hal ini.

    ReplyDelete
  9. Ada pihak yang memaklumkan yang manan Merdeka Center ini dipengaruhi oleh pihak yang ingin menjatuhkan Kerajaan.

    ReplyDelete
  10. Kajian merdeka center dimanipulasi oleh pembangkang

    ReplyDelete