UBAHSUAI.....Salah
seorang anggota Marin menunjukkan lori yang telah diubahsuai yang ditemui dalam
operasi itu.
TAWAU: Bertindak atas
maklumat, sepasukan polis Marin berjaya menemui lebih 5,600 liter minyak Diesel
bersubsidi bernilai lebih RM40,000 di salah sebuah premis yang disyaki
beroperasi tanpa permit di sini.
Pemangku Pegawai Pemerintah
Pasukan Polis Marin Tawau, AWSP Krishnan A/L Ramasamy berkata tangkapan dibuat
kira-kira jam 5.50 petang kelmarin di Taman King Fook, Jalan Utara di sini.
“Pemeriksaan awal telah
dijalankan di luar kawasan premis itu dan telah menemui sebuah lori tangki
berwarna hijau yang telah diubahsuai berisi lebih kurang 4,000 liter minyak
Diesel,” katanya.
Katanya, seorang lelaki
tempatan berumur 26 tahun dipercayai pekerja di premis itu telah ditahan ekoran
penemuan itu.
Pemeriksaan lanjut, tambah
Ramasamy, telah menemui lapan dram berisi 1,600 liter minyak diesel, 20 dram
kosong, dua unit pam dan empat unit hos yang digunakan untuk kerja pemindahan
minyak diesel.
“Premis ini disyaki
digunakan sebagai tempat penyimpanan dan pengumpulan minyak diesel bersubsidi
yang dibeli dari stesen-stesen minyak sekitar bandar Tawau,” katanya.
Pihaknya turut mendapati
premis berkenaan beroperasi tanpa memiliki sebarang permit dan kebenaran dari
pihak yang berkenaan. (UB)
No comments:
Post a Comment