Tuesday, 9 October 2012

MERDEKA CENTER, BELUT DALAM LUMPUR?





Oleh : MUTALIB M.D

KAJISELIDIK yang dijalankan Merdeka Center terhadap pelbagai isu di Sabah; termasuk penurunan populariti Ketua Menteri dan kegelinciran pengaruh Kerajaan BN Sabah mungkin merupakan kajian umum yang boleh diterima pakai secara am berdasarkan beberapa hipotesis dan metodologi; jika didasari dengan motif yang jelas dan niat yang terbuka; namun lebih tepat diklasifikasikan sebagai 'Belut Di Dalam Lumpur.'

Agak aneh kenapa pemimpin UMNO Sabah begitu berminat mengulas kajian Merdeka Center yang merupakan 'Cerita Dalam Berita';  sedangkan mereka tahu keadaan sebenar di Sabah, sebaliknya memilih memberi kenyataan peribadi yang beragenda dan bukannya kenyataan hasil pandangan rakyat Sabah secara kolektif.

Sebagai pemerhati politik Sabah sejak 1983 dan telah melalui empat pemerintahan (Perikatan-USNO, Berjaya, Parti Bersatu Sabah, BN-UMNO) yang pernah merasai asam garam dan pahit maung di bawah era pemerintahan Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Datuk Pairin Kitingan; termasuk Ketua Menteri Merry Go Round iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah dan Datuk Musa Aman;  kaji selidik ini mencerminkan gelora politik mula membadai dan riaknya bergelombang dari dalam.

Setelah bertugas selama lebih 10 tahun dalam pengauditan projek dan akauntabiliti  Kerajaan Negeri Sabah, sejak di era pemerintahan Kerajaan Berjaya sehinggalah di zaman PBS,  metodologi kajian yang dijalankan Merdeka Center lebih bermotif politik sehingga menyerlah belang sebenar mereka yang selama ini ditohmah sebagai agen Amerika dan menerima dana daripada Yahudi melalui beberapa NGO di Amerika.

Sebagai bekas kakitangan awam persekutuan (Jabatan Audit Negara) yang bergelumang dengan pengauditan akaun Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah; saya tidak mempertikaian hipotesis yang dibuat oleh Merdeka Center, tetapi kerana mereka tergopoh gapah mendedahkan kajian, atas motif tersirat, sehingga tidak peka dengan senario yang melatari politik, budaya dan ekonomi Sabah; maka kajian ini nampaknya beragenda dan bermotifkan imperialisme.

Sebahagian besar rakyat Malaysia telah mengakui bahawa Merdeka Center adalah Badan yang menerima biaya asing untuk melancarkan Dasar Imperialis Amerika bagi menguasai ekonomi, geo-politik dan melumpuhkan pertahanan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah; bermula dari Asia Barat sehinggalah ke Balkan dan Asia Tenggara.

Dengan kemunduran sistem perhubungan, logistik dan komunikasi yang melanda Sabah buat masa ini, kajian yang dijalankan oleh mana-mana badan; sama ada secara rambang atau analisis akan dibatasi oleh faktor masa, kos, ketepatan; apatah lagi responden terpilih menyebabkan hasil kajian menjadi pincang, diragui dan dipertikaikan.

Saya tidak peduli sama ada Datuk Seri Panglima Musa Aman akan terus kekal sebagai Ketua Menteri atau terpaksa berundur kerana kegelinciran pengaruh; sebagaimana yang dinyatakan hasil dapatan kajian Merdeka Center kerana saya tidak mempunyai sebarang kepentingan atau permusuhan dengan Musa Aman.

Malah sejarah Sabah membuktikan Berjaya yang berada di puncak kuasa boleh tumbang oleh kebangkitan kuasa rakyat dan PBS yang mendapat sokongan padu rakyat Sabah boleh hilang kuasa akibat pengkhianatan pemimpin pengasas seperti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang.

Lalu apa relevannya dengan kemerosotan pengaruh Musa Aman ketika ekonomi Sabah mula bangkit mendahului Malaysia, tetapi hanya kelihatan mundur kerana dilatari hutan rimba, laut dan paya bakau yang maha luas berbanding Perlis dan Selangor?

Kenapa Merdeka Center tidak sebut siapa daripada 13 Ketua Menteri Sabah yang berjaya membawa Sabah keluar daripada kepapaan sehingga mempunyai rizab yang begitu besar, tidak termasuk agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan GLC?

Persoalannya, sebagai pengundi yang masih waras, rakyat Malaysia yang celik huruf dan tidak rabun IT; malah kajian yang saya lakukan selama ini, termasuk sebagai bahan asas menulis beberapa buku saya yang hampir kesemuanya sudah habis dijual; atau kajian ilmiah yang dijalankan Sabahkini.net; tidak langsung menampakkan kelogikan dan kesahihan fakta kajian Merdeka Center.

Sebagai Mantan Pegawai Audit yang telah melalui pengalaman dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berhubung akaun Kerajaan Negeri Sabah dan kecapaian kesemua 13 Ketua Menteri Sabah, tidak ada seorang rakyat Sabah yang masih waras boleh menuding jari kepada Ketua Menteri Ke-13 iaitu Musa Aman sebagai penyebab Sabah Negeri Termundur di Malaysia?

Tidak ada sebab kenapa saya harus membodek Musa Aman kerana saya tidak mempunyai sebarang kepentingan; malah melanggar prinsip saya, 'No Mercy, No Retreat, No Surrender'.

Dalam keadaan begitupun, masih ada yang sanggup menuduh saya sebagai 'penerima sumbangan' terbesar daripada Musa Aman, tokoh yang dikenali rakan dan taulan sebagai 'Haji Bakhil' dalam Filem P.Ramlee; semata-mata kerana mereka menuduh saya menggunakan Sabahkini.net untuk 'menyerang' seteru Musa Aman, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Saya tidak mempunyai alasan untuk menyokong rakan lama saya, Shafie Apdal kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat Sabahkini.net berhubung Shafie dan kementeriannya, bukanlah cerita dongeng atau tohmahan; malah disertakan dengan bukti dan bahan yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis.

Tetapi saya tidak mempunyai sebab untuk menentang Musa Aman terhadap Transformasi Ekonomi yang beliau pacu sejak menjadi Ketua Menteri Sabah dan membentuk Kabinet April Foolnya pada 1 April 2003 kerana RAM Rating Malaysia telah memberi pengiktirafan rating tertinggi iaitu AAA sejak tiga tahun lalu; kedudukan yang belum pernah dicapai oleh 12 Ketua Menteri sebelumnya.

RAM Rating bukannya Merdeka Center atau Suaram yang menjalankan kajian mengikut telunjuk asing untuk melampiaskan Dasar Imperialisme; tetapi Badan Rating yang mendapat pengiktirafan Seantero Dunia.

Sekalipun Bank Dunia membuat kesilapan yang sama dengan Merdeka Center kerana memberi markah sebagai salah sebuah 'Negeri Yang Termundur Di Malaysia'; hanya disebabkan Wakil Bank Dunia melawat Pitas dan Pensiangan; namun kesilapan Bank Dunia ini telah diperbetulkan oleh Ketua Audit Negara yang memberikan 'SIJIL BERSIH' kepada akaun Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagai individu yang menjalankan kajian dasar dan penuh teliti berhubung isu pendatang asing; apatah lagi kesemua buku saya; IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Di Sewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir, belum pernah dicabar oleh mana-mana pihak.

Malah buku saya, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah telah diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam ke Petisyen Pilihanraya Likas pada 1999; manakala buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?), buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan Pengundi Untuk Disewa telah dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti, juga tidak pernah dicabar.

Sebelum Merdeka Center menjalankan kajian berhubung isu RCI, saya dan Sabahkini.net telah bergelumang terlalu lama dalam isu ini yang lebih berpihak kepada kegagalan Dasar Dalaman Politik Malaysia yang tidak meletakkan soal keselamatan rakyat Sabah sebagai prioriti dalam segala tindakan; bukannya salah Musa Aman yang mewarisi 'Ibu Segala Masalah' ini.

Sekalipun salah seorang Mantan Tahanan ISA berhubung IC Projek, Haji Jabarkhan Napi @ Yasser Arafat telah mendedahkan bahawa Musa Aman dan Yahya Hussin pernah terlibat sebagai Pengerusi dan Setiausaha Task Force UMNO ketika operasi 'Ops Gembleng; dilaksanakan sekitar 1991-1994; namun tidak ada bukti bertulis atau alibi yang melampau keraguan munasabah yang dapat ditunjukkan.

Penglibatan Musa dan Yahya secara Ad-Hoc dalam 'Ops Gembleng' yang telah dihuraikan secara jelas dalam buku saya IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan '007-Lelaki Malaysia Terakhir'; hanyalah berdasarkan 'Hearsay' dan pengakuan bersumpah Jabar Khan; tanpa disokong oleh bukti prima.

Jika maklumat berkenaan tidak tepat, maka Pengakuan Bersumpah yang dibuat Jabar Khan melalui Surat Akuan Berkanun; membuktikan beliau telah berbohong dan saya tidak boleh memaksa Musa Aman atau Yahya Hussin membuat pengakuan atau penafian dakwaan Jabar; sekalipun mereka terlibat secara langsung ketika itu.

Kajian Merdeka Center berhubung RCI tidak perlu disebutkan kerana rakyat Sabah sudah mula mendesak RCI dilaksanakan sejak 1976 lagi iaitu Kerajaan Negeri Sabah yang didalangi Kuala Lumpur menerima kemasukan 'Warga Penyu' yang kononnya 'Pelarian Perang' dari Filipina dan 15,000 bangsa China dari Indonesia; sedangkan Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian dengan UNCHR untuk menerima pelarian perang.

Bukankah lebih bertanggung jawab dan bermaruah jika Merdeka Center menjalankan kajian ilmiah ke mana menghilangnya 50,000 warga China (termasuk China Doll) dan 30,000 warga India yang memasuki Malaysia secara sah sejak sepuluh tahun lalu, kemudian menghilang tanpa 'jejak' sehingga ke hari ini? Semua fakta ini bukan ciptaan saya, sebaliknya telah dibangkitkan di parlimen dan dicatatkan di dalam Hansard.

Sama ada isu RCI mendominasi politik Sabah dewasa ini sebagaimana kajian yang dijalankan Merdeka Center tidak timbul kerana telah berkumandang setiap hari, malah setiap saat detik nadi Anak Jati Sabah sentiasa berdebar mengenangkan nyawa mereka terancam bagaikan anak ayam dijaga helang!

Pemaksaan, penderaan, pembulian dan penindasan yang dijalankan Kerajaan Persekutuan sebelum  era Kerajaan 1Malaysia yang diterajui Najib begitu menyiksakan rakyat Sabah telah diadun dengan baik oleh parti Politik Sabah sebagai modal untuk 'mendapat kuasa' dan cuba mengekalkan kuasa dengan menghidupkan isu PATI yang menghantui Sabah sejak lebih tiga dekad lalu.

Pemimpin Sabah yang menjadi 'Baluci' dan 'Algojo' pemimpin Persekutuan, terutama setelah mereka berjaya memperdaya Tun Mustapha untuk mencabut akar tunjang parti politik terunggul di Sabah, USNO dan menanam pengaruh UMNO di Sabah; mungkin mati kering jika tidak menggunakan isu PATI dan RCI.

Sewajarnya, Merdeka Center menggunakan dana yang disumbangkan negara Asing sama ada secara terus atau melalui NGO untuk menjalankan kajian bagaimana Sabah boleh mencapai kedudukan ekonomi yang paling baik di Malaysia sebagaimana yang dibuktikan melalui pengiktirafan RAM Rating dan Jabatan Audit Negara; walhal dalam masa yang sama Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan songsang bahawa Sabah Negeri Termiskin di Malaysia?

Apa ada pada nama? Anugerah Negeri Termiskin di Malaysia atau Negeri yang paling ramai PATI di Malaysia tidak akan mengubah rekod Sabah sebagai negeri yang terkaya di Malaysia yang mempunyai rizab lebih daripada RM10 billion. Siapa dapat menyangkal Anugerah Termiskin yang diterima Sabah disumbangkan oleh kebanjiran PATI?

Ada yang mengatakan jika Sabah kaya kenapa negeri mundur? Persoalannya kenapa Sabah harus menggunakan wang sendiri dan mengambil alih tugas Kerajaan Persekutuan membangunkan Sabah? Sedangkan isu royalti Petroleum belum selesai kerana nisbah pembahagian yang tidak adil, apatah lagi mahu menggunakan wang rizab dan tabung dana Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf prasarana Sabah yang serba mundur?

Lazimnya, tidak ada anak terbaik di dunia yang sanggup mengeluarkan wang sendiri membiayai bapanya berfoya-foya di luar membiarkan ibunya menderita, apatah lagi bapa yang tidak pernah jujur dan setia seperti Kerajaan Persekutuan?

Sehingga kini tidak ada Juruaudit di dunia yang dapat mempertikaikan 'Sijil Bersih' yang diberikan Jabatan Audit Negara kepada Sabah, yang tidak perlu menyertai 'Perhimpunan Bersih' untuk mendapat 'Sijil Bersih'.

Belum pernah terjadi dalam sejarah Sabah, malah di Malaysia, bahawa semua agensi Kerajaan Negeri Sabah yang sebelum ini hampir gulung tikar kerana kerugian besar; bukan sahaja telah mencatatkan untung, malah mampu menyumbangkan dividen kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Jangan tanya saya, tetapi dapatkan maklumat daripada Jabatan Audit Negara dan RAM Rating; terutama kejayaan Kerajaan Negeri Sabah membayar segala hutang piutangnya secara tepat masa; malah sebaliknya Kerajaan Persekutuan yang lebih banyak berhutang kerana tidak semua 'Janji Ditepati'.

Persoalannya kenapa Sabah masih mundur dan dilabelkan sebagai miskin setelah berbilion dilaburkan? Tanya Shafie Apdal kerana beliau Menteri yang dipertanggung jawabkan menjaga NKRA pembangunan luar bandar; tetapi beliau gagal memastikan ketirisan ekonomi ditampal setelah dibocori Projek Top-Up yang mendominasi KKLW sejak 2008! 

31 comments:

  1. wow well said Mutalib....you seems like now being more positive...good move :-)..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. mutalib mmg hebat dalam penulisan, artikel ini dpt membuat kita berfikir.

      Delete
    2. Pembaca sendiri menilaikannya.

      Delete
  2. Kalau kita lihat sendiri pun apa yang Merdeka cuba lakukan cumalah untuk kepentingan pihak yang tertentu.

    ReplyDelete
  3. dpt dlihat kajian merdeka center ada agenda tertentu.

    ReplyDelete
  4. kita jgn mudah terpengaruh dgn laporan dari merdeka center.

    ReplyDelete
  5. byk sumbangan Musa terhdap pembangunan Sabah dan kita harus hargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha membangunkan Sabah masih perlu diteruskan.

      Delete
    2. Pembangunan kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan kerajaan juga.

      Delete
  6. kaji selidik tersebut didorong oleh agenda politik pihak tertentu.

    ReplyDelete
  7. Shafie Apdal menasihati rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre.

    ReplyDelete
  8. Tindakan harus dikenakan kepada golongan yang menggunakan dokumen palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan tidak mengambil tindakan ketat, jika ada, pasti mereka ini tidak akan membuat demikian.

      Delete
  9. Sabah semakin berkembang, tetapi Sabah masih diberi gelaran negeri termiskin, siapa yang kaya sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kaya adalah kerajaan dan kroni.

      Delete
    2. Yang kaya menjadi lebih kaya.. yang miskin terus miskin.

      Delete
  10. Isu mykad dan projek ic harus ditanggani secepat mungkin, sebaik boleh sebelum PRu13.

    ReplyDelete
  11. Merdeka Center menjalankan kajian ilmiah ke mana menghilangnya 50,000 warga China (termasuk China Doll) dan 30,000 warga India yang memasuki Malaysia secara sah sejak sepuluh tahun lalu, kemudian menghilang tanpa 'jejak' sehingga ke hari ini?

    Cuma Dr. M dapat menjawab.

    ReplyDelete
  12. IC palsu telah memberi laluan untuk golongan ini mengancam hak milik anak negeri.

    ReplyDelete
  13. Projek ic palsu adalah musuh utama rakyat di Sabah. Golongan ini tidak dibenarkan menikmati seperti warga negara tulen.

    ReplyDelete
  14. Sumber alam dapat menjana pendapat yang banyak untuk projek pembangunan.

    ReplyDelete
  15. RCI harus membuktikan penubuhan ini baloi dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tindakan kerajaan terhadap isu PATI.

    ReplyDelete
  16. Reserve yang Sabah ada membukti pengurusan kewangan Sabah adalah positif.

    ReplyDelete
  17. Sabah tetap menjadi deposit kepada BN. Projek ic masih giat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI diharap dapat menangani masalah PATI dan projek IC. Rakyat pasti akan menunggu feedback panel RCi

      Delete
  18. Bujet 2013 akan membawa Sabah lebih berkembang dari segi ekonomi dan semua sektor di Sabah.

    ReplyDelete
  19. SDC dapat memberi lebih banyal peluang pekerjaan kepada belia di Sabah.

    ReplyDelete
  20. PATI adalah sebab utama ekonomi tidak berkembang. Golongan ini adalah masalah social, ekonomi dll.

    ReplyDelete
  21. survey tu hanya berat sebelah dan politik agenda

    ReplyDelete