KOTA KINABALU : Ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan belanjawan alternatif 2013 oleh
Pakatan Rakyat (PR) Sabah yang diumum Rabu lepas sebagai bercita-cita besar dan
penuh dengan pelbagai janji kosong.
Beliau berkata belanjawan
pembangkang itu juga dianggap sebagai satu daripada taktik untuk menghasut
rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Hakikatnya,
janji-janji populis itu bukan sahaja tidak realistik, tetapi tidak berpijak di
bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta
menghancurkan masa depan negeri dan negara. Akibatnya rakyat juga yang akan
sengsara dan menderita," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri
2013 di Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.
Rabu lepas, PR negeri
mengumumkan perbelanjaan sebanyak RM7.284 bilion untuk pembangunan tahun depan
meliputi aspek sosial, ekonomi dan kebajikan di Sabah dan turut mengambil kira
janji 20 peratus royalti minyak jika gabungan parti pembangkang itu diberi
mandat pada pilihan raya umum akan datang.
Musa yang juga Menteri
Kewangan negeri, berkata kerajaan di bawah BN tidak berani berjanji kepada
rakyat seperti itu jika tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikannya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment