KENINGAU : Presiden Parti
Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang lantang menyuarakan
isu pendatang tanpa izin, menyifatkan pengumuman rangka perjanjian damai antara
kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebagai
perkembangan terbaik untuk rakyat Sabah.
Beliau berkata dengan adanya
suasana aman damai, terutama di selatan Filipina, rakyat negara itu tidak lagi
perlu berhijrah ke Sabah untuk mencari pekerjaan atau mencari nafkah.
"Apa yang berlaku di
Filipina ini adalah hasil keprihatinan kerajaan Malaysia dan Filipina. Ini
adalah satu perkembangan positif yang dialu-alukan rakyat Sabah, terutama usaha
untuk mewujudkan keadaan aman di selatan Filipina.
"Dalam hal ini, PBS
menghargai inisiatif ini, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk semua
pihak. Di sinilah letaknya bukti keprihatinan yang disumbangkan oleh kerajaan
Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini.
Pengumuman berhubung rangka
perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding
kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia mulai 2 hingga 7 Okt. (BERNAMA)
semoga Filipina kmabali aman
ReplyDeleteBaguslah..supaya mereka tak sush2 d sabah lagi.
ReplyDeletebak kata pepatah melayu:
ReplyDeletehujan emas di negri org, hujan btud ngri sndri lgi bgus d ngri sndri.
hope they wont back in sabah to trouble themselves. Poor them..
ReplyDeleteTry to love our country and develop it with all the resources do we have
ReplyDeleteHarap perjanjian damai ini akan dapat diberikan tumpuan sebaiknya untuk memastikan keamanan dapat dikecapi.
ReplyDeleteGolongan ini tidak harus dibenarkan masuk tanpa dokumen yang sah dan tujuan yang tidak diketahui.
ReplyDeletepengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebagai perkembangan terbaik untuk rakyat Sabah.
ReplyDeletebaguslah perjanjian damai ini dibuat, semoga selepas ini perkembangan lebih banyak dimajukan.