Oleh : Kuek Ser Kuang Keng
SEORANG warga Filipina, yang
dilapor dipenjara kerana memiliki kad pengenalan palsu pada 2010, dikesan dalam
daftar pemilih negeri Johor.
Pemblog pro-Pakatan Rakyat
yang menggunakan nama 'Milosuam' berkata, beliau menemui laporan Daily Express
yang berpangkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 yang disalin dan disimpan
dalam arkib Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Laporan itu, yang turut
dilaporkan dalam edisi bahasa Melayu akhbar itu Harian Ekspres, disiarkan
dengan tajuk 'Fake MyKad: Filipino Jailed' (MyKad Palsu, Rakyat Filipinan
Ditangkap).
Ia juga menyebut, Majistret
Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki 43 tahun itu
pada 20 September 2010.
"Samsul Salleh, dari Kg
Likas dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus
kerana menggunakan dokumen bernombor siri 670110-12-5035 dengan namanya
sendiri," laporan itu dipetik.
Semakan dengan sistem atas
talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama -
Samsul Salleh - layak mengundi di Permas, bawah parlimen Pasir Gudang di Johor.
(MKINI)
No comments:
Post a Comment