Tuesday, 23 October 2012

RASUAH PUNCA MELAYU GAGAL





Oleh : AMIN ISKANDAR

KUALA LUMPUR : Rasuah dan tamak haloba adalah salah satu punca kegagalan agenda bangsa Melayu, kata Presiden Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

“Rasuah dan tamak haloba gagalkan agenda bangsa,” kata beliau semasa merasmikan Kongres Ekonomi Melayu 2012 di PWTC pagi ini.

Selain itu Syed Ali (gambar) yang juga pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) mengusulkan agar orang-orang Melayu menjadikan rajin dan bekerja keras sebagai budaya demi untuk berjaya.

“Untung nasib generasi muda Melayu pada masa akan datang bergantung kepada pemimpin-pemimpin Melayu pada masa ini.

“Perpaduan adalah kunci utama untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa,” katanya. (TMI)

No comments:

Post a Comment