BUKTI.....Mutalib
(kanan) mengabadikan kenangan bersama salah seorang peminatnya, Mr Lai yang datang
daripada Semenanjung Malaysia untuk membeli buku 'IC Projek Agenda Tersembunyi
Mahathir (?) yang berharga RM1,500 sebuah.
Oleh : MOHD HALIM AHMAD
PENUBUHAN Suruhanjaya
Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran rakyat asing dan
kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah yang tidak mempunyai
semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak mungkin wujud di alam nyata).
Penulis Kontroversi, Mutalib
M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan terbarunya di Forum Perdana
RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.
"Apa ertinya RCI jika
pemimpin kita yang mencemarkannya melalui penglibatan terus mereka dalam isu
kerakyatan songsang? Berhargakah RCI jika panel yang ditubuhkan atas perkenan
DYMM Yang Di Pertuan Agung, bukannya atas Daulat Sultan Sulu, Datuk Akjan tidak
mempunyai wibawa dan mudah diperlekehkan masyarakat?," tanya Mutalib
secara sinis.
Mutalib kesal kerana Dewan
Undangan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat UMNO gagal mengesan bahawa Adun Sebatik,
Datuk Abdul Muis Picho adalah PATI yang mendapat kerakyatan songsang, tetapi
menjadi salah seorang penggubal undang-undang di Sabah.
"Malah kita kesal
kerana PATI boleh menggunakan pengaruh Istana untuk hidup mewah dan mendapat
suaka politik di Sabah. Kenapa polis dan imigresen tidakpun menyiasat
kerakyatan 'Isteri' Adun Sekong, Pia Binti Dahlan yang menggunakan nama
keluarga terdekat TYT (Tun Juhar) untuk mendapatkan MyKad, sekalipun beberapa
laporan polis telah dibuat?" tanya Mutalib yang menunjukkan beberapa bukti
penting.
Selain Pia, isteri Ahli
Parlimen Silam, Hajjah Fatmah Abdul Aziz juga turut menggunakan dokumen palsu
dan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kedudukan dan suaka politik di
Sabah.
"Jika PATI boleh
menjadi TYT, Ketua Menteri (Sakaran), Adun (Muis) dan Ketua Jabatan serta
isteri orang kenamaan, apa yang mampu RCI lakukan melainkan untuk memberikan
pengiktirafan?," kata Mutalib yang menggesa agar rakyat Sabah membuka mata
dengan memantapkan jati diri menolak PATI.
Mungkin tiba masanya, kata
Mutalib, rakyat Sabah bangkit menyelesaikan isu ini secara glokal kerana tidak
mampu diselesaikan Kerajaan Persekutuan yang langsung tidak mempunyai
'Political Will' setelah isu ini berakar umbi dan mendominasi UMNO sejak 1991.
"Warganegara songsang
atau PATI yang mendapat kerakyatan melalui IC Projek bukan lagi rahsia seperti
kewujudan Iblis dan Syaitan. Tidak perlu dibuktikan oleh Suruhanjajaya atau
'Ghost Buster' kerana hanyalah kerja sia-sia," tegas Mutalib lagi.
Mutalib menjelaskan, kuasa
rakyat lebih ampuh kerana tidak ada bala tentera di dunia yang dapat menewaskan
pemikiran rakyat yang cintakan negara melebihi daripada jiwa dan raga mereka.
Namun jika rakyat Sabah
tidak mampu bangun melawan kezaliman melalui 'Pilihanraya' yang sudah dicemari
pengundi hantu, maka salah satu jalan yang terbentang ialah memupuk semangat
nasionalisme seperti sejarah Kuih Bulan di negara China.
"Minda rakyat harus
menolak sebarang paksaan untuk menerima 'Warga Penyu' sebagai ahli dan pemimpin
parti tanpa sebarang alasan dan menolak hadis atau dalil palsu untuk
menghalalkan kerakyatan songsang," kata Mutalib yang telah mendedahkan
banyak bukti yang beliau perolehi, termasuk penglibatan pemimpin UMNO dan
pegawai kanan kerajaan.
Kata Mutalib, tidak ada yang
dapat membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang menjadi ibu segala masalah
kerana semua pihak mempunyai kepentingan politik dan penubuhan RCI hanyalah
usaha murni untuk menjinakkan rakyat Sabah yang mula memberontak.
Panel RCI, kata Mutalib
tidak perlu bersusah payah mengambil masa enam bulan, malah satu minggu sudah
mencukupi untuk mendapatkan bukti kerana kerajaan telah menangkap lebih 15
Pegawai Pendaftaran dan 25 Orang awam pada 1996 yang terlibat dengan Sindiket
IC Projek dan Skandal X Files Ops Gembleng di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA).
"Panggil sahaja
beberapa nama yang saya dedahkan dalam kesemua buku saya terutama IC Palsu, IC
Projek dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir untuk memberi keterangan secara
bersumpah, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di khalayak ramai seperti
Inques atau Pendengaran Umum. Kenapa perlu dirahsiakan atau secara
tertutup?" tanya Mutalib lagi.
Tegas Mutalib, najis manusia
walau dibungkus dengan tupperware atau dipanggil dengan nama Christian Dior,
tetap juga najis dan berbau busuk, apatah lagi kegiatan subversif memberi
kerakyatan kepada warga asing; merupakan pengkhianatan kelas tertinggi di
dunia.
"Kenapa melunakkan dosa
pemimpin lalu dan memaksa Najib menanggungnya sedangkan salah seorang
'Pengkhianat(?)' iaitu Dr Mahathir masih bernyawa dan sudah mengaku
kewujudannya melalui beberapa kenyataan di dalam blognya dan media?" tanya
Mutalib yang menyifatkan rakyat Malaysia tidak berlaku adil kepada Najib yang
telah bersetuju menubuhkan RCI; sedangkan Mahathir dan Pak Lah hanya mengunci
bicara sebelum ini.
Berhubung 'Pengundi Untuk
Disewa' yang wujud dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia, kata Mutalib akan
menjadi lebih mudah untuk dibersihkan jika rakyat dan parti politik mendesak
pendaftaran semula pemilih berdasarkan beberapa mekanisme untuk memastikan
tidak ada PATI atau Warga Penyu yang mengambil kesempatan mendaftar atau
didaftarkan sebagai pemilih.
"Jika kerajaan atau SPR
tidak mahu mendaftar semula, maka mereka boleh menggunakan 'Hak Asasi' mereka
untuk memboikot PRU-13 tanpa perlu mengadakan Demonstrasi Jalanan seperti
Bersih atau Piket yang dibiayai negara atau NGO asing yang berniat untuk
menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat," kata Mutalib dengan nada
tegas.
Mutalib yang menghabiskan
banyak masanya menjalankan kajian dan mengumpul bukti kewujudan Pengundi Hantu
atau Pengundi Untuk Disewa Di Malaysia memberi amaran bahawa gerakan memberikan
kerakyatan songsang masih berjalan sekalipun dalam sekali kecil namun telah
mencatatkan jumlah yang membimbangkan.
"Kini terdapat lebih
3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia," dedah Mutalib yang
mengejutkan peserta Forum namun memaklumkan bahawa data terbaru tersebut akan
dimuatkan dalam buku terbarunya kelak.
Melalui segala bukti yang
didedahkan dalam Power Point, rakyat Sabah sewajarnya bersatu hati dan
menyokong perjuangan Mutalib yang tidak berhenti mendesak dan mencari formula
bagi menyelesaikan isu kerakyatan songsang yang merantai Sabah selama ini.
RCI Sabah masih belumm dilaksanakan, harap apabila ia dilaksanakan, semua perkara tersebut akan disiasat.
ReplyDeleteharap tiada sebarang kekangan dikenakan ke atas RCI untuk melakukan siasatan tersebut.
Deletekta tak boleh biarkan PATI berleluasa di tanah air kita.
ReplyDeleterakyat sabah harus bersatu hati untuk menolak PATI dan projek IC..
DeletePATI harus ditangani, kalau tidak pada masa akan datang akan lebih teruk
DeletePara panel RCI diharap melaksanakan tugasan dengan amanah dan bertanggungjawab
ReplyDeletePanel yang dilantik harus menjalankan tanggung jawab dengan penuh amanah.
ReplyDeletePATI mengancam ketenteraman negara, harus bertindak cepat untuk menghalau PATI balik ke negara asal.
ReplyDeleteDr. M yang harus disiasat terlebih dahulu. Jabatan imigresen dan JPN juga harus disiasat.
ReplyDeleteNajib harus bertindak cepat. Pasti ada suara yang meragukan keikhlasan najib.
ReplyDeleteSenarai nama yang diragui harus dikeluarkan dari senarai mengundi.
ReplyDelete