KOTA KINABALU : Kerajaan
Sabah menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai yang dicapai antara
kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman berkata inisiatif yang begitu ditunggu-tunggu akan membuka jalan ke
arah perdamaian berdasarkan hak sivil Bangsamoro, satu cara hidup dan prospek
baru bagi masa depan mereka yang lebih baik.
Ini merupakan detik cukup
bersejarah dan kedatangan era baru buat Bangsamoro. Ia mencerminkan komitmen ke
arah menamatkan keganasan yang berlaku sejak beberapa dekad dan memberikan
rakyat Bangsamoro hak untuk tinggal dan bekerja di tanah air mereka sendiri
dengan aman," katanya dalam satu kenyataan di sini isnin.
Pengumuman itu dibuat pada
akhir rundingan peringkat awal ke 32 antara panel perunding dari kedua-dua
pihak yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 2 hingga 7 Okt.
Musa, yang juga Pengerusi
Majlis Keselamatan Negeri, memuji Presiden Aquino dan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak kerana azam mereka hingga tercapainya perjanjian damai
itu.
"Sebagai jiran rapat
Filipina, kami di Sabah bangga kerana Malaysia memain peranan menyediakan
kemudahan untuk rundingan itu. Kami menunggu-nunggu untuk melihat matlamat
perjanjian itu dicapai," kata beliau. (Bernama)
Kami harap Filipina kembali aman.
ReplyDeletekalau kembali aman bolehlah pemegang IMM13 dan pati di sabah dihantar pulang ke tempat asal mereka.
ReplyDeletediharap perjanjian damai itu akan termeterai dengan segera.
ReplyDeleteHarap2 pelarian Filipina yang ada di Sabah juga akan dikembalikan semua sekali ke tempat asal mereka.
ReplyDeletePerjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan ditandatangi secara formal 15 Oktober ini.
ReplyDeletePresiden Filipina Benigno Aquino (gambar) berkata, satu rangka kerja telah dicapai hasil perbincangan dengan MILF.
ReplyDeleteAntara perkara utama rangka kerja dipersetujui ialah:
Delete- Mewujudkan wilayah autonomi baru, lebih luas
- Pengunduran tentera Filipina secara berperingkat
- Menjamin hak asasi manusia dan demokrasi
- Menjanjikan pembangunan dan pengagihan kekayaan semula jadi secara adil
- Mengembangkan mahkamah syariah bagi penduduk beragama Islam
Perundingan antara MILF dan Kerjaaan Filipina berlarutan lebih 15 tahun, yang turut tergendala disebabkan keganasan di wilayah selatan itu.
ReplyDeleteMILF berharap kandungan perjanjian dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum tempoh khidmat Aquino sebagai Presiden Filipina berakhir pada 2016.
ReplyDeletePresiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang lantang menyuarakan isu pendatang tanpa izin, menyifatkan pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebagai perkembangan terbaik untuk rakyat Sabah.
ReplyDeleteDengan adanya suasana aman damai, terutama di selatan Filipina, rakyat negara itu tidak lagi perlu berhijrah ke Sabah untuk mencari pekerjaan atau mencari nafkah.
DeletePairin yakin rangka perdamaian itu akhirnya akan mengurangkan kebanjiran penduduk selatan Filipina ke kawasan lain, termasuk Sabah.
ReplyDeletePerdana Menteri berkata beliau berbesar hati Malaysia dapat membantu memudahkan rundingan itu sejak 2001 dan meneraju Pasukan Pemantau Antarabangsa sejak 2004.
ReplyDeleteHope they wont trouble themselves goin back to sabah soon
ReplyDeletePeople says:
ReplyDeletehow well or rich in other's home, own is much better
For sabahans, care for your peace and harmony so that wont goin to be migrant in other country.
ReplyDeletepeace no war
ReplyDeleteSemua sememangnya mengharapkan keadaan di Negera jiran kita ini akan dapat keamanan.
ReplyDeletePerjanjian Damai ini harus dilaksanakan secepat yang boleh untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.
ReplyDeleteSekiranya Filipina aman lebih baik kerajaan Filipina menyuruh rakyatnya kembali ke Filipina
ReplyDeletePelarian Filipina boleh dihantar balik
ReplyDelete