KOTA KINABALU : Kerajaan
negeri Sabah menyasarkan ketibaan 3.105 juta pelancong tahun depan yang
dijangka menjana pendapatan RM5.51 bilion, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.
Katanya, daripada jumlah
ketibaan pelancong itu, seramai 930,000 disasarkan bagi ketibaan pelancong
asing manakala 2,175,000 bagi pelancong domestik.
"Kementerian saya yakin
sasaran ketibaan pelancong bagi 2013 akan dicapai dengan peningkatan akses
udara ke Sabah."
"Hasil usaha berterusan
kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah, terdapat perkembangan
positif terhadap rangkaian udara negeri Sabah," katanya ketika membuat
penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Selasa.
Menurut Masidi, antara
perkembangan positif itu ialah hasrat syarikat penerbangan tambang murah
AirAsia untuk memulakan penerbangan antara Davao, Filipina dan Kota Kinabalu
bermula 1 Nov ini dan penerbangan antara Cebu, Filipina dan Kota Kinabalu pada
Disember ini.
"Silk Air juga akan
menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Singapura-Kota Kinabalu daripada
tujuh penerbangan seminggu kepada 10 penerbangan seminggu bermula 31 Okt
ini."
"MASWings pula akan
memulakan perkhidmatan bagi laluan Puerta Princessa (Filipina) - Kota Kinabalu
dengan tiga penerbangan seminggu," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment