KOTA
KINABALU: Seorang bekas model dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh
Mahkamah Rayuan di sini kelmarin atas kesalahan melakukan seks oral terhadap
seorang wanita, pada tiga tahun lalu.
Abdul
Malik Marsah dijatuhkan hukuman itu oleh tiga panel hakim, Hakim Mahkamah
Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Tuan Mah Weng Kwai serta Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk David Wong Dak Wah, selepas membenarkan rayuan terhadap
hukuman namun mengenepikan sabitan atas kesalahan itu.
Keputusan
itu dilakukan secara sebulat suara oleh ketiga-tiga hakim berkenaan selepas
mendengar dan mempertimbangkan hujah daripada pihak perayu yang diwakili peguam
Hamid Ismail dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwaraya Najib
Zakaria.
Sementara
itu, mahkamah juga mengenepikan rayuan balas daripada Najib yang menentang
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Abdul Malik daripada
pertuduhan merogol.
Terdahulu,
Hamid dalam hujahnya berkata material fakta dalam pertuduhan kedua adalah tidak
dibuktikan. Pertuduhan pertama adalah tidak berasas kerana tidak disiasat, PW1
tidak memberikan bukti yang berkaitan, dan kegagalan hakim Mahkamah Tinggi
mempertimbangkan bukti pembelaan untuk pertuduhan pertama.
Pada
awal tahun ini, Mahkamah Tinggi mengenepikan rayuan perayu atas hukuman dan
sabitan kesalahan melakukan seks oral, serta mengekalkan hukuman penjara 18
tahun dan dua sebatan rotan yang dijatuhkan mahkamah rendah.
Bagaimanapun,
dia dibebaskan dan dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara 16 tahun dan
empat sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi selepas mendapati adalah tidak selamat
menyabitkan kesalahan itu terhadapnya.
Pada
22 November 2010, hakim mahkamah rendah telah menjatuhkan hukuman itu terhadap
Abdul Malik selepas didapati bersalah. Namun, dia bernasib baik apabila
diarahkan menjalani semua hukuman itu secara serentak.
Abdul
Malik didapati melakukan seks oral terhadap mangsa berusia 23 tahun, pada 18
Julai 2009 di Waterfront, di sini, dan didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun
Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Dia
juga dijatuhkan hukuman penajara dua tahun dan denda RM1,000 atau penjara tiga
bulan kerana mengurung mangsa. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen
347 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan
denda. (UB)
No comments:
Post a Comment